ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda City e:HEV RS Facelift Kini Boleh Ditempah – Lebih Moden & Cekap Bahan Api

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-City-Facelift-4.jpg

Honda City Facelift Generasi Ke-5 bakal dilancarkan di Malaysia!


Tempahan Honda City e:HEV RS Facelift yang akan dilancarkan pada suku ketiga 2023 sudah mula dibuka sekarang. Dengan konsep "The Best Gets Better", varian RS ini bakal hadir dalam reka bentuk yang lebih  moden, trenkuasa yang lebih efisien serta ciri keselamatan yang lebih baik.


Honda-City-Facelift-1.jpg


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "Pada tahun 2020, Honda Malaysia melancarkan City Generasi ke-5 yang mendapat sambutan baik di pasaran. Pada tahun itu juga, kami meningkatkan lagi prestasi model terlaris kami dengan memperkenalkan City RS e:HEV buat kali pertama. 


“Sejak dilancarkan, lebih daripada 68,600 unit City Generasi ke-5 telah dijual, dan pada separuh pertama 2023, kami telah menjual lebih daripada 10,000 unit. Terbukti, model Honda ikonik ini telah menjadi kegemaran dalam segmen dalam kalangan rakyat Malaysia."


REKA BENTUK YANG TELAH DIPERBAHARUI


Reka bentuk luaran City terbaru direka untuk menyerlahkan lagi gaya modennya. City e:HEV RS terbaru lebih panjang dengan reka bentuk bampar baharu, dengan panjang 4,589mm, lebar 1,748mm, dan tinggi 1,467mm. 


Honda-City-Facelift-2.jpg


City RS terbaru dilengkapi pembaharuan reka bentuk pada  gril depan bermotif sarang lebah, gril depan di bahagian bawah, diffuser belakang, skirting sisi, dan logo "RS" yang direka semula. Reka bentuk sporty City RS terbaru dipertingkatkan lagi dengan bampar depan dan belakang baharu, serta penggunaan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci dalam reka bentuk terkini. 


Honda-City-Facelift-Thailand-(10).jpgHonda-City-Facelift-Thailand-(7).jpg

Honda-City-Facelift-Thailand-(5).jpgHonda-City-Facelift-Thailand-(9).jpg

Honda City e:HEV RS facelift untuk pasaran Thailand


PENGGUNAAN BAHAN API YANG LEBIH EFISIEN


City e:HEV RS terbaru dikuasakan oleh enjin 1.5L e:HEV yang menggabungkan dua motor elektrik dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e-CVT), menghasilkan kombinasi sempurna untuk prestasi yang baik dan kecekapan bahan bakar. Gabungan sistem ini membolehkan kereta mencapai kuasa maksimum 108 hp (109PS) dan tork 253 Nm, yang merupakan tork tertinggi dalam kelasnya dan setara dengan tork enjin aspirasi natural dalam segmen D.


CIRI KESELAMATAN 


Sistem bantuan keselamatan pemandu Honda SENSING dalam City e:HEV RS hadir dengan dua ciri baharu iaitu:


1. Low Speed Follow (LSF)

2. Lead Car Departure Notification (LCDN)


Ini menjadi nilai tambah kepada pembeli model terkini, melengkapkan lagi pakej Honda SENSING yang sudah merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (RDM), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB).


Untuk makluman, City Facelift bagi pasaran Thailand turut menerima peningkatan reka bentuk dan keselamatan yang sama, selain penambahbaikan di bahagian kabin yang termasuk tempat duduk yang kini  diberikan balutan kulit dan sued. Berbeza dengan WR-V, ciri premium seperti sistem infotainmen dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay hanya ditawarkan pada varian tinggi. 


TEMPAHAN DIBUKA


Honda-City-Facelift-Prebook-Website.jpg

Laman web rasmi pra-tempahan Honda City Facelift Malaysia


Buat masa ini, Honda Malaysia masih tidak mendedahkan harga jualan versi facelift untuk varian RS dan juga perincian mengenai penambahbaikan yang dibuat  pada varian lain. Bagaimanapun, apa yang pasti, berdasarkan laman pra-tempahan Honda Malaysia, City Facelift bakal ditawarkan dalam varian RS bukan hibrid. Selain itu, kehadiran varian 1.5 V dan 1.5 V-Sensing juga menandakan tidak semua varian facelift akan menerima Honda SENSING secara standard seperti yang ditawarkan di pasaran Thailand. 


thumb-Honda-City-Facelift.jpg


Untuk maklumat lanjut tentang City terbaru atau membuat tempahan, pelanggan boleh log masuk ke prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.  Anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda di Malaysia. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-05-2024
Berita Auto

09-04-2024
Berita Auto

15-12-2023
Tips

16-08-2023
Video

11-08-2023
Kereta Baru

10-08-2023
Global

06-07-2023
Global

03-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.