Jom Ke Art of Speed 2023 Hujung Bulan Ini! Ini Senarai Harga Tiket

Art of Speed bakal kembali dengan edisi yang lebih besar dan lebih menarik pada hujung bulan ini! Acara Kustom & Counter Culture ini akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) di tapak berkeluasan 350,000 kaki persegi. Art of Speed edisi tahun 2023 (AOS 2023) akan berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2023 pada jam 10:00 pagi – 7:00 malam.

Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berucap semasa sidang media yang diadakan baru-baru ini
Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berkata, “Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”
Art of Speed 2023 akan menyambut komuniti kustom dan media antarabangsa yang terkenal. Acara ini juga akan menyediakan pelbagai sorotan istimewa seperti ThunderCircus "Brotherhood Rally", Hot Wheels Collector Convention, Hot Wheels Legends Tour, Miss Art of Speed 2023, dan banyak lagi.
Terdapat juga pameran seperti Hail Vintage, Streetware Con, Off The Grid, Roda Rumble 2023, La Cultura, selain turut dimeriahkan dengan kehadiran vendor makanan di Food Park.

Pengunjung juga boleh ‘melayan’ muzik di SoundCircus Festival dengan persembahan daripada 10 kugiran muzik termasuk Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu, dan Armpunk Sindicate.

Art of Speed 2023 menawarkan pelbagai kejutan dan pengalaman yang menarik bagi semua peminat kustom dan pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara ini yang berlangsung selama dua hari.
Baca: Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti
INFORMASI PENTING ACARA ART OF SPEED 2023
Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).
Tarikh: 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam)
Harga tiket:
Pas hujung minggu: RM35.00
Pas Speed Lane: RM60.00 (dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi/sah untuk kedua-dua hari)
Kemasukan Percuma: Kanak-kanak bawah 12 tahun & pemegang pas OKU
Pas Kombo SoundCircus Festival (SCF) + Hujung Minggu: RM135
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan pembelian tiket, layari laman web rasmi di www.artofspeedmy.com atau ikuti perkembangan terkini di laman Facebook Art of Speed MY. Seorang pembeli tiket dalam talian bertuah (kedua-dua tiket AOS dan SCF) berpeluang untuk memenangi motosikal Honda e-DAX.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti
Acara Kustom & Counter Culture terbesar Malaysia, Art of Speed, kembali menggegarkan negara pada tahun ini dengan lebih banyak acara menarik.
14-03-2023
Art Of Speed 2023 Cukup Meriah
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengisi masa lapang mereka dengan mengunjungi pameran AOS 2023 pada minggu lepas.
31-07-2023
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Jom ke Art of Speed 2024 pada 27-28 Julai ini! Apa yang Menarik?
Lebih besar dan menarik dari sebelum ini! Itulah yang dijanjikan kepada peminat dunia Kustom & Counter Culture.
03-07-2024
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.
02-05-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

