[KAJIAN] Lebih 80% Sanggup Langgan Perkhidmatan Untuk Ciri Tambahan Kereta

Peningkatan fungsi sistem navigasi antara ciri yang menjadi pilihan ramai. Misalnya ciri "Parking for Navigation" yang ditawarkan Mercedes, memudahkan pengguna mencari ruang parkir
Berapa ramai yang sanggup bayar perkhidmatan langganan untuk ciri tambahan dalam kereta?
Inilah perkara yang cuba dibongkarkan dalam satu kajian terbaru oleh S&P Global Mobility. Jawapannya? Ramai rupanya yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membuat langganan perkhidmatan.
Kajian tersebut mendedahkan ramai pengguna tidak kisah untuk membuat langganan, tetapi hanya jika nilai ciri berbayar tersebut dapat dilihat dengan jelas atau sekiranya tempoh percubaan percuma ditawarkan. Namun, kurang tertarik sekiranya ciri tersebut tidak penting atau sudah ditawarkan di dalam telefon pintar.

Antara fungsi yang boleh dilanggan oleh pengguna kereta BMW
Syarikat automotif seperti BMW dan Mercedes-Benz sebelum ini pernah menerima kritikan kerana memperkenalkan produk dan perkhidmatan langganan untuk kenderaan yang dikeluarkan. Tetapi hasil kajian ini mendapati 82% pengguna tertarik untuk melanggan sebaik didedahkan dengan ciri atau teknologi tersebut melalui tempoh percubaan yang biasanya ditawarkan pada kenderaan baharu.


Sistem bantuan lampu suluh tinggi dan perakam adalah antara ciri yang menjadi perhatian
Tinjauan yang dibuat ini turut menekankan kepentingan menawarkan perkhidmatan nilai tambah melalui langganan. Peningkatan berbayar terutamanya yang membabitkan sistem navigasi atau sistem bantuan pemandu canggih (ADA) adalah antara ciri yang menarik perhatian ramai. Ciri keselamatan seperti bantuan lampu suluh tinggi dan perakam video pemanduan mendapat penilaian kepuasan tertinggi.

Antara pakej langganan yang ditawarkan Mercedes-Benz
Bagaimanapun, tidak ramai yang ingin mengeluarkan belanja untuk membayar langganan bulanan bagi prestasi tambahan. Misalnya, Mercedes-Benz menawarkan Peningkatan Pecutan iaitu langganan prestasi yang meningkatkan output kereta elektrik sehingga 20 ke 24%.
Disebabkan tidak ramai yang membuat langganan servis ini, BMW tidak lagi menawarkan peningkatan prestasi atas talian untuk kenderaan elektrik pada masa hadapan.
Selain itu, ciri seperti tempat duduk dengan fungsi pemanas atau penghidup enjin dari jarak jauh juga kurang menarik perhatian.
Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 74% responden bersedia untuk berkongsi data demi perkhidmatan percuma dan menganggap pengeluar automotif lebih dipercayai daripada syarikat teknologi seperti Google atau Meta.
Apa pendapat anda tentang perkhidmatan langganan untuk fungsi tambahan kenderaan? Adakah anda sanggup membayar lebih untuk fungsi-fungsi tambahan setiap bulan? Kalau ya, apakah ciri yang berbaloi untuk dibayar secara bulanan? Kongsikan pendapat di ruangan komen yang disediakan di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
Kajian Polisi Lupus Kenderaan Sedang Dijalankan Penyelidik UKM
Kajian mengenai polisi lupus kenderaan (ELV) sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik.
24-06-2022
Android vs iOS: Kajian Dedahkan Pengguna Android Pemandu Lebih BAGUS?
Pengguna Androdi vs iOS, siapa pemandu lebih baik?
11-05-2022
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat