Mazda CX-60 Masuki Pasaran Singapura – Malaysia Seterusnya?

Setelah diperkenalkan di negara Filipina, SUV Mazda CX-60 kini memasuki pasaran ASEAN yang kedua, kali ini di Singapura. Selain menjadi negara kedua di ASEAN yang menerima CX-60, Singapura juga menjadi pasaran pandu kiri pertama (LHD) di rantau ini.
Filipina mendapat dua varian pacuan empat roda (AWD) yang dikuasakan oleh enjin e-Skyactiv G berpengecas turbo 3.3L 6-silinder, Singapura pula hanya akan mendapat satu varian pacuan roda belakang (RWD), dengan enjin petrol Skyactiv-G aspirasi natural 2.5L 4-silinder. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik lapan kelajuan, dengan hamburan kuasa sebanyak 189 hp dan 261 Nm.



Secara visual, CX-60 bagi negara Singapura kelihatan hampir serupa dengan model di Filipina dan Jepun. Pada bahagian luaran, terdapat kelengkapan standard seperti lampu hadapan LED adaptif yang mengapit gril besar, manakala bahagian belakangnya terdapat lampu belakang penuh LED dengan aksen bampar belakang dan ekzos quad. SUV bersaiz sederhana ini juga dipasang dengan rim 20 inci berwarna kelabu.



Dari segi teknologi, CX-60 menggunakan skrin infotainmen 12.3 inci dengan kemampuan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Stereng yang digunakan dibalut dengan kulit dan lengkap dengan butang kawalan. Di sebalik stereng, terdapat kluster instrumen digital 12.3 inci, serta paparan-di-kepala (HUD). Selain itu, CX-60 ini juga dilengkapkan dengan but bukaan automatik dan bumbung panoramik.

Menyempurnakan senarai kelengkapan dalaman CX-60 adalah tempat duduk dan dashboard yang dibaluti kulit, tempat duduk hadapan dengan pelarasan automatik serta sistem audio Bose 12 speaker.
Untuk keselamatan, SUV ini dilengkapi dengan pelbagai ciri sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti sistem brek kecemasan automatik (AEB), kawalan pemanduan adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), amaran keluar lorong (LDW), pemantau titik buta (BSM), amaran lintasan hadapan dan belakang, dan banyak lagi. Teknologi keselamatan ini disempurnakan lagi dengan tujuh beg udara dan pengesan petak parkir, memberikan CX-60 skor keselamatan ASEAN NCAP yang sempurna iaitu lima bintang.





Ditawarkan dalam lapan pilihan warna, SUV Mazda CX-60 dijual pada harga SGD 278,888 (~RM958,551) termasuk bayaran bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE), menjadikannya model Mazda termahal yang dijual di Singapura. Model yang paling hampir dengan harga CX-60 adalah Mazda CX-8 tiga barisan tempat duduk yang berharga SGD 256,888 (~RM882,675).

Dengan pelancaran CX-60 di dua pasaran utama ASEAN, bilakah agaknya Bermaz Motor, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia akan membawa masuk SUV ini ke pasaran tempatan. Bermaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai CX-60 buat masa ini.
Berkenaan harga, kita boleh menjangkakan bahawa CX-60 yang dijual di Malaysia akan agak lebih mahal atau lebih kurang sama dengan CX-8 yang dipasang tempatan (CKD), memandangkan CX-60 dianggap sebagai model lebih mewah daripada CX-5.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Teaser Mazda CX-80 Disiarkan – Tiba Di Pasaran Malaysia Dalam Masa Terdekat?
Selepas dipertontonkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Mazda CX-60 dan CX-80 nampaknya bakal tiba di negara kita secara rasmi.
25-08-2025
Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran
Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.
11-06-2025
Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K
Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
03-06-2025
SUV Mazda CX-60 & CX-80 Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – Elegan, Sarat Teknologi
Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 telah membuka tirainya secara rasmi. semalam. Sempena acara ini, pelbagai model baharu dipertontonkan oleh jenama-jenama automotif Malaysia, termasuklah Bermaz Auto (BAuto).
05-12-2024
Imej Paten SUV Mazda CX-80 Bocor!
Beberapa imej CX-80 kini tersebar di internet. Ini perinciannya...
14-02-2024
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti
Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.
28-12-2023
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat