Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Nampaknya, Mercedes-Benz juga akhirnya mengikuti jejak rakan seperjuangan Eropahnya dalam meningkatkan penggunaan elektromobiliti apabila syarikat itu kini sudah bersedia untuk memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.
Difahamkan, model konsep EV itu sudah bersedia untuk membuat penampilan sulungnya pada pameran Internationale Automobil-Ausstellung (IAA) September nanti.
Ini bermakna ia akan menyertai model konsep EV yang lain seperti Vision EQXX dan Vision One-Eleven.


Menurut laporan Autocar UK, model konsep ini akan menayangkan Mercedes-Benz CLA yang pernah dikesan sedang diuji sempena penampilan sulungnya yang dirancang pada tahun 2025 nanti.
Berdasarkan imej teaser yang disiarkan ini, anda boleh melihat beberapa persamaan antara EV konsep ini dengan sedan CLA gen seterusnya terutamanya pada garis bumbung coupe yang sporty dan siluetnya.
Apa yang penting, konsep EV yang masih belum dinamakan ini akan menerajui usaha mobiliti elektro Mercedes-Benz di mana ia akan mendahului tiga model EV 'peringkat kemasukan'.
Ketiga-tiga model ini akan dilancarkan tiga tahun lagi.


Apapun, seiring dengan model konsep EV ini, ia sebenarnya seiring dengan rancangan 'Electric First' Mercedes-Benz dimana ia mahu mempunyai sekurang-kurangnya satu model EV untuk setiap segmen menjelang 2025.
Mendapat ilham daripada konsep EV Vision EQXX yang disebutkan di atas, EV konsep baharu ini direka untuk menyediakan "visi untuk inovasi, reka bentuk dan pengalaman digital yang terkemuka.
Bakal dibina berdasarkan platform Mercedes Modular Architecture (MMA) baharu.
Sebaliknya, Mercedes-Benz mendakwa EV konsep ini menawarkan perjalanan sehingga 1,200 kilometer dengan sekali cas.
Selain daripada rangkaian EV yang menakjubkan, platform MMA juga menjanjikan konsep EV peringkat permulaan untuk mempunyai ruang kabin yang agak luas, rekaan bateri yang nipis dan ia juga tidak hadir dengan transmisi seperti mana yang kita lihat pada kebanyakan model Mercedes-Benz yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Model konsep EV peringkat kemasukan ini dijadualkan untuk membuat pelancaran umum pada pameran IAA 2023 yang akan berlangsung dari 5 hingga 10 September ini.
Hanya pada hari pelancaran itu nanti, kita akan dapat melihat model ini sepenuhnya, serta butiran dan spesifikasi tambahan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka
Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
13-06-2025
Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku
Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.
25-08-2023
Sempena Hari Raya, Jalan KL Makin Sesak Sebab Ramai Orang Luar Beli-Belah
Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan keluar dan masuk ke ibu kota Kuala Lumpur pada setiap hari.
07-04-2023
Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE.
05-12-2022
Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K
Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.
25-02-2022
Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!
Mercedes-Benz dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 21 model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.
06-03-2025
Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku
Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.
25-08-2023
Terima Rekaan Dalaman Mewah, Teknologi Baharu
Mercedes-Benz GLC 2023 (X254) serba baharu membuat tayangan perdana dunia semalam.
02-06-2022
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
