ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Mercedes-Benz  juga akhirnya mengikuti jejak rakan seperjuangan Eropahnya dalam meningkatkan penggunaan elektromobiliti apabila syarikat itu kini sudah bersedia untuk memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.

Difahamkan, model konsep EV itu sudah bersedia  untuk membuat penampilan sulungnya pada pameran Internationale Automobil-Ausstellung (IAA) September nanti.

Ini bermakna ia akan menyertai model konsep EV yang lain seperti Vision EQXX dan Vision One-Eleven.

image.pngimage.png

Menurut  laporan Autocar UK, model konsep ini akan menayangkan Mercedes-Benz CLA yang pernah dikesan sedang diuji sempena  penampilan sulungnya yang dirancang pada tahun 2025 nanti.

Berdasarkan imej teaser yang disiarkan ini, anda boleh melihat beberapa persamaan antara EV konsep ini dengan sedan CLA gen seterusnya terutamanya pada garis bumbung coupe yang sporty dan siluetnya.

Apa yang penting, konsep EV yang masih belum dinamakan ini akan menerajui usaha mobiliti elektro Mercedes-Benz  di mana ia akan mendahului tiga model EV 'peringkat kemasukan'.

Ketiga-tiga model ini akan dilancarkan tiga tahun lagi. 

image.pngimage.png

Apapun, seiring dengan model konsep EV ini, ia sebenarnya seiring dengan rancangan 'Electric First' Mercedes-Benz dimana ia mahu mempunyai sekurang-kurangnya satu model EV untuk setiap segmen menjelang 2025.

Mendapat ilham daripada konsep EV Vision EQXX yang disebutkan di atas, EV konsep baharu ini direka untuk menyediakan "visi untuk inovasi, reka bentuk dan pengalaman digital yang terkemuka.

Bakal dibina berdasarkan platform Mercedes Modular Architecture (MMA) baharu.

Sebaliknya, Mercedes-Benz mendakwa EV konsep ini  menawarkan perjalanan sehingga 1,200 kilometer  dengan sekali cas.

Selain daripada rangkaian EV yang menakjubkan, platform MMA juga menjanjikan konsep EV peringkat permulaan untuk mempunyai ruang kabin yang agak luas, rekaan bateri yang nipis dan ia juga tidak hadir dengan transmisi seperti mana yang kita lihat pada kebanyakan model Mercedes-Benz yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.

image.png

Model konsep EV peringkat kemasukan  ini dijadualkan untuk membuat pelancaran umum pada pameran  IAA 2023 yang akan berlangsung dari 5 hingga 10 September ini.

Hanya pada hari pelancaran itu nanti, kita akan dapat melihat model ini sepenuhnya, serta butiran dan spesifikasi tambahan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9541

SELANGOR

BSR5747

JOHOR

JA2203J

PULAU PINANG

PSD7450

PERAK

APJ8023

PAHANG

CFH1520

KEDAH

KGH637

NEGERI SEMBILAN

NEK9073

KOTA KINABALU

SJT671

KUCHING

QAB1917P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Pandu Uji

Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku

Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.

25-08-2023
Berita Auto

Sempena Hari Raya, Jalan KL Makin Sesak Sebab Ramai Orang Luar Beli-Belah

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan keluar dan masuk ke ibu kota Kuala Lumpur pada setiap hari.

07-04-2023
EV

Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE.

05-12-2022
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.

25-02-2022
Global

Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!

Mercedes-Benz dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 21 model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

06-03-2025
Pandu Uji

Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku

Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.

25-08-2023
Global

Terima Rekaan Dalaman Mewah, Teknologi Baharu

Mercedes-Benz GLC 2023 (X254) serba baharu membuat tayangan perdana dunia semalam.

02-06-2022

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.