PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia

Chery melancarkan dua buah jentera terbaharunya, Chery Omoda 5 serta Tiggo 8 Pro di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.
Chery Omoda 5 hadir dalam dua varian iaitu C dan H dan ia menampilkan bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ serba baharu.

Omoda 5 varian C dijual pada harga RM108,800 manakal varian H pula (RM118,800).
Untuk makluman anda, Omoda 5 disumbat dengan enjin petrol empat silinder pengecas turbo 1.5 liter.
Maka, ia mampu menjana output setakat 156hp dan tork 230Nm. Ia dipadankan bersama continuously variable transmission (CVT) 9-kelajuan.

Dari segi luaran, Omoda 5 kelihatan agak menonjol disebabkan pemasangan gril matriks berlian.
Sementara itu, lampu hadapannya pula digandingkan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk T.
Menjengah bahagian belakang, ia dihiasi dengan lampu belakang jenis LED manakala rimnya bersaiz 18-inci.
Difahamkan, varian H hadir dengan kemasan rim garisan dua tona.


Bagi bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh tengah 10.25 inci, ada sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Selain itu, sistem bunyi pula dari Sony, enam pembesar (varian C) dan lapan pembesar suara (varian H).
Antara kelengkapan lain ialah, ia juga dipasang dengan USB, gear selector, brek parkir elektronik, media dial, butang untuk around-view monitor, mod pemanduan serta hazard lights.
TIGGO 8 PRO

Beralih kepada Tiggo 8 PRO, SUV tujuh tempat duduk ini dijual pada harga bermula dari RM159,800.
Model ini hadir dalam satu varian iaitu Premium dan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).
Ia disumbat dengan njin 2.0 liter empat-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api penuh (T-GDI).
SUV ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat 256 dan tork 390 Nm manakala kuasa dari enjinnya dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan, serta diberikan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.


Melihat kepada bahagian luarannya, ia kini menampilkan gril “galaxy” serba baharu. , lampu bar LED dan lampu brek ketiga berbentuk-T.
Membelek lampu hadapannya, ia hadir dengan lampu hadapan LED automatic, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED serta rim 19-inci.


KABIN:
• Skrin bercantum (intelligent curved dual screen) bersaiz 24.6-inci
• Ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto
• Gril pembesar suara gaya Burmester
• 8pembesar suara jenama Sony
• Balutan kulit pada tempat duduk
• Lampu kabin pelbagai warna
• Pendingin hawa automatik dua-zon
• Pintu tailgate berkuasa.
• Bumbung panaroma elektrik

Selain itu, jentera ini juga sarat dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti amaran keluar lorong, pengesanan titik buta, amaran pintu terbuka, amaran lalu lintas silang belakang, kawalan pelayaran adaptif serta amaran perlanggaran hadapan, brek automatik (AEB) dan banyak lagi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Makin Berlambak EV! Mungkin Ramai Yang Minat EV
Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membawa Omoda 5 versi elektrik di negara ini selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
07-07-2023
Chery Malaysia Jalin Kerjasama Pergudangan & Pengangkutan Alat Ganti Dengan Tiong Nam Logistics
Chery Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan Tiong Nam Logistics Holdings Berhad.
23-06-2023
Chery Pun Tak Nak Ketinggalan, Tayang Model Baharu
Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi.
05-05-2023
Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro
Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo
10-01-2023
Chery Mulakan Pengeluaran Global
Chery melancarkan Omoda 5 secara rasmi di Shenzhen, China sekali gus menjadikan China, pasaran pertama yang menerima kenderaan utiliti sukan yang bergaya itu.
14-07-2022
Omoda 5 Kini Sudah Boleh Ditempah Tetapi...
Chery Omoda 5 (2022), sudah boleh ditempah mulai hari ini di China.
05-07-2022
Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!
Chery bakal membawa masuk beberapa model dalam barisan kereta Tiggo Pro ke dalam pasaran Malaysia.
11-05-2022
Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?
Tiga kenderaan Chery ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
04-04-2022
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
