Setahun Memandu Tanpa Lesen, 28 Warga Asing Akhirnya Tertangkap

Empat warga India yang ditahan kerana bekerja sebagai pemandu tanpa dokumen dan lesen memandu (Foto: Kosmo)
Hasil Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) yang dijalankan di empat lokasi berasingan sekitar Lembah Klang, 28 warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen telah ditahan pada 24 Julai lalu. Mereka terdiri daripada warga Myanmar, Pakistan, dan Indonesia berusia antara 25 hingga 40 tahun.
Operasi yang berlangsung selama enam jam bermula jam 8 pagi berjaya menahan mereka di kawasan Puchong, Klang, Paya Jaras, dan Seri Kembangan. Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat, berkata bahawa warga asing ini kebanyakannya berkerja sebagai penjual makanan dan menggunakan kenderaan serta motosikal untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
Menariknya, kenderaan yang digunakan oleh warga asing ini kebanyakannya adalah milik warga tempatan yang disewa oleh mereka secara bulanan. Beberapa majikan juga didapati 'menggunakan' perkhidmatan warga asing ini sebagai pemandu lori dan bas, walaupun warga asing tidak dibenarkan mempunyai Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL).

Lesen Vokasional Malaysia
Dalam operasi tersebut, sebanyak 296 kesalahan dikesan, termasuk tiada CDL dan GDL, tiada insurans, serta lesen memandu tamat tempoh. Selain itu, 96 buah kenderaan, kebanyakannya motosikal, telah diambil tindakan.
Pihak berkuasa juga mengesan empat warga India dan seorang Rohingya yang tidak mempunyai dokumentasi dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Warga Asing Makin Berani Pandu Secara Haram! Lebih 70 Saman Dalam 3 Jam
Antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tiada lesen memandu. Apa lagi? Jom baca.
22-07-2024
Warga Asing Beli Lesen Dari Media Sosial, Guna Nama Penduduk Tempatan Yang 'Baik Hati'
Semakin hari semakin ramai warga asing menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu sah.
25-04-2024
Makin Ramai Warga Asing Memandu Tanpa Lesen – JPJ
Isu warga asing memandu tanpa lesen kini semakin berleluasa.
21-04-2024
Degil Bagi Kenderaan Asing Isi RON95, Pemilik Stesen Minyak Didenda RM40K
Berani buat, berani tanggung. Seorang pemilik stesen minyak didenda RM40,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen.
22-03-2023
Lebih 900 Warga Asing Disaman Dalam Tempoh 1 Minggu Di Kelantan
Dalam tempoh hanya seminggu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak polis telah mengeluarkan sejumlah 914 saman kepada warga asing di Kelantan.
30-05-2024
Makin Ramai Warga Asing Memandu Tanpa Lesen – JPJ
Isu warga asing memandu tanpa lesen kini semakin berleluasa.
21-04-2024
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat