ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tempoh Jaminan Lebih Panjang Untuk Volkswagen Golf GTI, Arteon R-Line

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-8-full.jpg

Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan penawaran Pakej Jaminan Volkswagen atau Volkswagen Assurance Package (VAP) sebagai perlindungan pasca jualan baharu khusus untuk model-model VW yang dilengkapi dengan IQ.Drive, iaitu Golf GTI yang telah diperbaharui dan juga Arteon R-Line 4Motion.

Melalui VAP, pemilik hot hatch dan fastback empat pintu yang elegan ini boleh mendapatkan perlindungan tanpa had perjalanan selama 5 tahun, pakej penyelenggaraan selama 3 tahun atau 45,000 km, dan juga perkhidmatan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Menurut VPCM, nilai VAP adalah antara RM8,000 hingga RM10,000 bergantung kepada model.

RESIZE_VW-ARTEON-R-LINE-4MOTION.jpg

Dengan VAP, Volkswagen Arteon R-Line 4Motion dijual pada harga RM301,012 tanpa insurans

Dengan VAP, VPCM berusaha memberikan ketenangan kepada pelanggan Golf GTI dan Arteon melalui tempoh jaminan yang lebih panjang berbanding jaminan standard yang hanya memberikan tempoh perlindungan selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh bantuan tepi jalan selama 5 tahun adalah sama. 

Menurut Pengarah Urusan VPCM baharu, Denyu Bostandzhiev, "Kami berpegang teguh pada komitmen kami untuk menyediakan pelanggan dengan tawaran produk terbaik yang memenuhi keperluan mereka. Dengan VAP, pelanggan boleh berasa yakin bahawa kami memberikan mereka perlindungan.”

RESIZE_VW-GOLF-GTI-WITH-IQ.DRIVE.jpg

Dengan VAP, Volkswagen Golf GTI baharu yang dilengkapi dengan IQ.Drive ditawarkan pada harga RM246,012 tanpa insurans

Harga yang disenaraikan oleh VPCM untuk Golf GTI baharu dan Arteon R-Line 4Motion (pada 3 Julai 2023) adalah termasuk perlindungan VAP. Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk tidak menyertai VAP, menjadikan harga keseluruhan lebih murah. 

Dengan VAP, harga untuk Golf GTI baharu adalah RM246,012, manakala Volkswagen Arteon R-Line 4Motion pula RM301,012 - tidak termasuk kos insurans.

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

19-06-2026
Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025
Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Berita Auto

06-09-2024
Berita Auto

27-08-2024
Berita Auto

05-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.