Tesla Model Y Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Capai 533KM, Dari RM199K

Tesla Motors Malaysia secara rasmi mengumumkan kemasukan mereka ke pasaran tempatan hari ini di Pavilion KL
Tesla telah melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia secara rasminya hari ini dengan pelancaran model pertama untuk negara ini, Model Y. Model Y ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard Range RWD, Long Range AWD, dan Performance AWD. Harga jualan bermula daripada RM199,000.
Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan jenama EV terkenal dunia ini secara terus daripada Tesla Motors Malaysia melalui platform pembelian dalam talian. Semua unit yang dibawa ke pasaran negara diimport sepenuhnya (CBU) dari Shanghai Gigafactory Tesla.
CIRI MEKANIKAL MODEL Y
Varian asas, Standard Range RWD dilengkapi dengan bateri 60 kWh untuk menghidupkan motor tunggal pada bahagian belakang dan sistem pacuan roda belakang (RWD). Varian lebih tinggi, Model Y Long Range dan Model Y Performance, kedua-duanya menggunakan bateri yang lebih besar, 78.1 kWh, serta sistem dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD).

Semua varian boleh dicas menggunakan pengecas AC 11 kW. Sementara itu, untuk pengecas pantas DC pula, varian Standard Range RWD boleh menerima input tertinggi 170 kW. Dua varian lebih tinggi, boleh menggunakan input sehingga 270 kW menggunakan Tesla Supercharger.

Varian asas, Standard Range RWD, boleh mencapai output 295hp (299 PS) dan tork 420 Nm yang menggerakkan roda belakang, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 217 km/j. Jarak perjalanan maksimum berdasarkan WLTP adalah 430 km.
Varian pertengahan, Long Range AWD pula menggunakan bateri yang lebih besar, membolehkannya mencapai output 507 hp (514 PS) dan tork 493 Nm. Varian ini berkemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa lebih pantas, 5 saat dengan kelajuan maksimum 217 km/j. Berbanding varian lain yang ditawarkan, Long Range boleh mencapai jarak perjalanan paling jauh dengan anggaran WLTP kira-kira 533 km.

Varian tertinggi, Model Y Performance, ,walaupun menggunakan bateri dan sistem pacuan yang serupa dengan varian Long Range, lebih berkuasa dengan output 527 hp (534 PS) dan tork 660 Nm, membolehkan membuat pecutan 0-100 KM/J dalam masa 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Bagaimanapun, jarak perjalanan elektrik varian ini lebih rendah berbanding Long Range iaitu 514 km (WLTP).
REKA BENTUK LUARAN MODEL Y
Ketiga-tiga varian menggunakan tayar 'Gemini' 19 inci sebagai pilihan standard, pengguna boleh mendapatkan reka bentuk 'Induction' bersaiz 20 inci yang lebih besar dengan caj tambahan RM10,000. Varian Performance menggunakan tayar eksklusif 21 inci 'Überturbine'.
-full.webp)
-full.webp)

KABIN MODEL Y
Bergerak ke bahagian dalam, dua pilihan warna tema ditawarkan, hitam atau putih. Untuk warna putih, caj tambahan sebanyak RM5,000 dikenakan. Tempat duduk yang disediakan adalah untuk lima orang. Ruang simpanan bagasi memiliki kapasiti maksimum 2,100L sekiranya tempat duduk barisan kedua dilipat. Tempat duduk boleh dilipat dengan mudah melalui suis yang diletakkan pada but.



Dari segi kemudahan, Model Y dilengkapkan dengan dua pengecas tanpa wayar, empat port pengecas USB-C, kawalan pendingin hawa automatik dengan sistem penapis udara HEPA. Tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara automatik.
Dari segi teknologi, model ini menggunakan skrin paparan 15 inci, dengan sistem audio hi-fi premium 13 speaker. Kesemua varian menerima fungsi navigasi.
Untuk kelengkapan yang lebih canggih, pengguna boleh mendapatkan Pakej Premium Connectivity yang merangkumi ciri seperti Live Traffic Visualisation, Satellite-View Maps, Video Streaming, Caraoke, Music Streaming, dan Internet Browser. Untuk makluman, ciri Premium Connectivity ditawarkan secara percuma selama 30 hari sebelum caj bulanan dikenakan. Buat masa ini, harga pakej ini masih belum didedahkan.
TEKNOLOGI MODEL Y DI MALAYSIA
Kesemua varian menerima teknologi Autopilot Tesla yang terkenal dengan ciri-ciri bantuan pemandu aktif (ADAS), iaitu Traffic-Aware Cruise Control dan Autosteer. Pembeli juga boleh memilih untuk meningkatkan sistem ini melalui Enhanced Autopilot dengan caj tambahan sebanyak RM16,000. Pakej ini merangkumi Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, serta ciri Summon dan Smart Summon.


Tesla juga akan menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk mencuba teknologi Pandu Sendiri Penuh (FSD), dengan bayaran tambahan RM32,000. Ini akan melengkapkan lagi kereta dengan pelbagai ciri tambahan lain termasuk Traffic and Stop Sign Control yang masih dalam peringkat Beta.
HARGA MODEL Y DI MALAYSIA

Tidak termasuk pilihan aksesori atau teknologi tambahan, Model Y dijual pada harga berikut:
- Tesla Model Y Standard Range RWD – RM199,000
- Tesla Model Y Long Range AWD – RM246,000
- Tesla Model Y Performance AWD – RM288,000
Pembelian adalah termasuk jaminan selama 4 tahun atau 80,000 km dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800. SUV elektrik ini menawarkan bateri CATL 461km, 19 ADAS & Jaminan Bateri 10 Tahun.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
