Tiada Yang Terlepas! CCTV Dengan Teknologi AI Di Miri

Sistem kamera dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah dipasang di lampu isyarat Jalan Pujut Miri berhampiran Bintang Megamall untuk merakam pelanggaran peraturan trafik dengan lebih terperinci.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, mendedahkan bahawa hampir 80 peratus kemalangan jalan berlaku disebabkan oleh kecuaian manusia yang gagal mematuhi peraturan trafik.
Sistem CCTV AI ini membolehkan pengambilan rakaman pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, kesalahan semasa memandu termasuk penggunaan telefon bimbit. Kesemua data ini akan diserahkan kepada pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan undang-undang bagi meningkatkan kesedaran pemandu terhadap peraturan jalan raya.

Kementerian juga akan menggunakan data yang dikumpul untuk kajian dan merancang langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
Kecuaian pemandu seperti memandu melebihi had laju, menukar lorong tanpa isyarat, memecut semasa lampu merah, dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah antara faktor utama kemalangan.
Menurut Lee, kemalangan kerap terjadi di laluan tersebut disebabkan oleh kecuaian pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat. CCTV AI memudahkan pengesanan kesalahan pemandu melalui pengumpulan data dan bukti yang terdapat dalam rakaman tersebut.
Contohnya, ada seorang pemandu yang melanggar lampu isyarat dalam tempoh seminggu dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut berjaya direkodkan. Oleh itu, Lee menggesa agar pemandu jalan raya mematuhi peraturan trafik kerana hampir semua lampu isyarat di Miri telah dipasang dengan CCTV.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Ketua JPJ Cawangan Miri, Fifi Suhesty Hasmuni serta yang lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lepas Ni Jangan Suka Hati Langgar Peraturan Jalan Raya
Sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan (CCTV AI) sedang dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara.
14-07-2023
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
