Volvo Bakal Lancar MPV EV Tidak Lama Lagi?

Ini sudah bukan rahsia lagi apabila dilaporkan bahawa pembuat kereta terkenal Sweden, Volvo sedang membangunkan model MPV elektrik pertamanya.
MPV Volvo ini dijadualkan memasuki pasaran pada hujung tahun ini.
Malah, Volvo sudah pun menjalankan ujian jentera ini di jalan raya memandangkan beberapa gambar spyshot dirakam di China baru-baru ini.
Seperti mana-mana model baharu yang melakukan ujian di jalan raya, badan MPV itu juga tidak terkecuali daripada diselubungi dengan camo yang padat.
Namun membelek foto yang tersebar itu, anda boleh melihat dengan jelas siluetnya agak dan ia hampir serupa dengan, MPV EV Zeekr 009.

Maka tidak hairanlah, bahawa kedua-dua model itu berkongsi platform SEA EV yang sama dibina Geely, yang juga telah digunakan oleh Volvo EX30 baharu.

Untuk makluman anda, Zeekr 009 didatangkan dengan dua pilihan bateri dimana pek bateri litium-nikel-mangan-kobalt,versi 116 kWj mampu bergerak sejauh 702 kilometer.

Sementara itu, pek bateri 140-kWj yang lebih besar pula bole bergerak sejauh 822 km dengan hanya sekali cas.
Bateri tersebut menghasilkan susun atur dwi-motor yang sama dimana ia menghasilkan kuasa sebanyak 544 hp dan 686 Nm.
Membelek semula gamabr spyshot itu, garis bonetnya agak tinggi manakala gaya badannya pula seperti kotak biasa.
Biarpun, ia disalut dengan pelekat penyamaran namun anda boleh melihay lampu hadapan dan lampu belakangnya.
Kedua-dua lampu ini kelihatan hampir sama dengan lampu EX90 dan EX30.
Walaupun kami tidak mempunyai ukuran yang tepat bagi MPV baharu ini, namun gambar menunjukkan bahawa saiznya lebih kurang sama dengan Zeekr 009.


Menyentuh mengenai Zeekr 009, ia menampilkan dimensi panjang 5,209 mm, lebar 2,024 mm, tinggi 1,856 mm dan jarak roda sejauh 3,205 mm.
Jadi, sekiranya saiz MPV Volvo sepadan dengan saiz Zeekr 009, maka model baharu itu akan bersaiz sama dengan MPV Hyundai Motor seperti Hyundai Staria dan Kia Carnival.
Ini juga akan menjadikan Volvo MPV baharu ini menjadi model terbesar Volvo setakat ini, malah lebih besar daripada dua tawaran tujuh tempat duduk semasa - Volvo EX90 dan XC90.

Menyentuh kabinnya, walaupun tidak banyak dapat dilihat mengenai rekaan kabinnya namun kami yakin ia akan menggunakan susunan atur tujuh tempat duduk 2-2-3 yang sama seperti Zeekr 009.
Bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan sama ada Volvo MPV akan menerima ciri kemewahan yang sama MPV dari China.

Ia akan dilancarkan pada suku keempat pada tahun 2023 model Volvo baharu ini bukan sahaja akan menjadi model EV MPV pertamanya, tetapi juga model minivan pertama yang sesuai.
Bagi harganya, kami boleh menjangkakan harganya agak mahal sedikit berbanding harga Zeekr 009 iaitu 499,000 hingga 588,000 CNY (RM322,000 hingga RM379,431 lebih kurang) di pasaran China.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat
PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.
17-08-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM
Zeekr Malaysia mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.
19-08-2025
Zeekr 009 Executive Kini Dengan Suspensi Udara Dwi-Ruang – Lebih Selesa
Selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini, Zeekr Malaysia kini memperkenalkan penambahbaikan pada varian Zeekr 009 Executive.
15-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K
Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.
06-12-2024
Zeekr 009: Pesaing Alphard, Vellfire Dah Sampai, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM370K Sahaja!
Tempahan Zeekr 009 sudah dibuka.
12-10-2024
Jom Lihat EV Premium Zeekr X & Zeekr 009 Di Sunway Pinnacle – Minat Terus Tempah!
Kenderaan elektrik (EV) Zeekr X dan Zeekr 009 kini membuat kemunculan pertama untuk tontonan umum.
08-10-2024
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
