Apa Cerita Ni, Main Turunkan Harga Kereta

Tesla dilaporkan telah menurunkan harga varian model Y Long Range dan Performance di China mulai hari ini.
Apa yang mengejutkan ialah harga kedua-dua model itu dikurangkan sebanyak 14,000 yuan atau RM7,800.
Untuk pengetahuan anda, harga permulaan Model Y Long Range kini cuma RM191,000, iaitu turun 4.5 peratus dari RM199,000.
Sama juga yang berlaku ke atas Model Y Performance dimana harganya turun 3.8 peratus iaitu dari RM230,000 ke RM223,000.
Dikhabarkan Tesla telah melancarkan rancangan untuk menyediakan subsidi insurans di China sebanyak RM4,470.
Ia bertujuan untuk memberi insentif kepada pembeli model Tesla 3.
Bagaimanapun, harga diskaun ini cuma sah sehingga 30 September ini.

Ia berkemungkinan besar untuk mengosongkan inventori yang tersedia menjelang pelancaran Model 3 baharu tidak lama lagi.
Terdahulu, Ketua Pegawai Ekselutif, Elon Musk ada mengumumkan pemotongan harga kereta Tesla secara global.
Beliau sanggup mengambil keputusan untuk memotong margin keuntungan syarikat.
Antara negara yang menerima pengurangan harga kereta Tesla ialah Amerika Syarikat, China dan beberapa negara lain disebabkan persaingan sengit dan ketidaktentuan ekonomi.
Langkah yang diambil ialah termasuk peningkatan diskaun dan insentif untuk pengurusan inventori.
Menurut data yang dikeluarkan oleh China Passenger Car Association (CPCA), jualan kereta Tesla buatan di China jatuh sebanyak 31% pada bulan Julai berbanding Jun.

Jadi di sebalik berita ini, kami di CariCarz.com ingin bertanya bilakah masa terbaik untuk membeli Tesla?
Apapun, sebagai pelanggan, semua orang menikmati tawaran yang baik, dan strategi harga Tesla sentiasa dipuji.
Bagaimanapun, pembeli yang sama pasti tidak berpuas hati jika nilai kenderaan mereka turun beberapa bulan kemudian akibat jenama itu menurunkan harganya tanpa kaitan dengan pasaran kereta terpakai.
Oleh itu, berbalik soalan tadi, bilakah masa yang sesuai untuk membeli Tesla?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.
23-01-2026
Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000
Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.
03-10-2025
Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa
Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.
13-08-2025
Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang
Keluaran yang terkini bagi Tesla Model 3 dan MGS5 EV telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang dalam Euro NCAP.
22-05-2025
Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini
Hanya dua tahun selepas Tesla memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, negara ini kini diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung Tesla Takeover Asia 2025.
03-02-2025
Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan
Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.
24-12-2024
Avatr 06 Didedahkan Di China – Kolaborasi Changan, CATL & Huawei
Syarikat automotif dari negara China, Changan Automobile, telah melahirkan sebuah model elektrik baharu, Avatr 06.
13-12-2024
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

