Berita Baik Buat Warga Subang Jaya

Berita baik buat warga Subang Jaya.
Ini kerana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperkenalkan kempen kadar rata ‘Flat Rate’ RM10 bagi menggalakkan orang ramai membayar kompaun kesalahan trafik dan saman parkir yang tertunggak.
Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, kempen itu diadakan sempena ulang tahun ketiga MBSJ yang sudah mencapai status bandar pada 20 Oktober lalu.

“Jadi, MBSJ akan menawarkan kompaun flat rate sebanyak RM10 untuk kompaun tempat letak kereta dan kesalahan trafik terpilih.
“Tawaran ini akan bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember. Pembayaran kompaun boleh dibuat melalui aplikasi Smart Selangor,”katanya.
Menurutnya, kompaun itu diberikan akepada semua jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MPSJ 2007 mengenai tempat letak kereta kecuali enam kesalahan.
Antaranya, kereta kena tarik, guna parkir orang kelainan upaya, kenderaan terbiar dan kenderaan berat menghalang lalu-lintas.
"Tawaran ini akan diberikan mengikut kes, tidak semestinya setiap tahun. Kami sebenarnyamahu menggalakkan masyarakat untuk mematuhi undang-undang, dan bukan membayar kompaun apabila ada diskaun," tegasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perhatian Warga KL, DBKL Naikkan Harga Kompaun Trafik
DBKL laksana kadar baharu kompaun saman trafik.
01-07-2024
Buat 7 Kesalahan Ini, Anda Akan Terus Diseret Ke Mahkamah
JPJ dedah tujuh kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun.
14-04-2023
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat