BMW M2 Dan iX M60 Kini Rasmi Di Malaysia - Harga Dari RM598K

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan dua model baharu dalam barisan kereta prestasi M, iaitu coupe sport, BMW M2 dan SUV elektrik berprestasi tinggi, BMW iX M60. Kedua-dua model ini telah dilancarkan secara rasmi semasa Festival M4NTAP 2023 yang berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
APA YANG MENARIK PADA BMW M2?

BMW M2 generasi kedua (G87) telah dibuka untuk tempahan sejak Januari tahun ini. M2 digerakkan oleh enjin turbo-kembar 6-silinder sebaris 3.0L yang menghamburkan kuasa sehingga 454 hp dan 550 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik sport 8-kelajuan yang dilengkapi dengan Active M Differential. Gabungan sistem ini membolehkan M2 melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 4.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Jika memilih Pakej M Driver, kelajuan maksimum bertambah sehingga 285 km/j.


Model ini dilengkapkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti Adaptive M Suspension, sistem M Drive Professional, serta kaliper brek M enam piston di bahagian hadapan yang dicat biru.
Melengkapkan gaya sporty M2 ialah penggunaan rim aloi M jenis double-spoke berukuran 19 inci (hadapan) dan 20 inci (belakang) yang menggunakan warna 930 M Bicolour, serta warna kemasan khas, M High-gloss Shadowline.
Pilihan Pakej M Pro turut ditawarkan, yang merangkumi bumbung M Carbon, pakej M Lights Shadowline, rim aloi M double-spoke yang menggunakan warna 930 M Black, serta brek M Compound dengan kaliper dalam warna merah berkilat. M2 ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran dan tiga pilihan warna untuk kabin.



Bergerak ke dalam kabin, ia dilengkapkan dengan paparan melengkung khas BMW yang menggunakan sistem operasi 8 BMW. Kemudahan premium lain termasuk paparan-di-kepala (HUD), sistem audio hi-fi premium Harman Kardon, sistem Comfort Access, pakej BMW ConnectedDrive dan Connected Package Professional, serta pelbagai teknologi bantuan pemanduan aktif BMW Driving Assistant.

BMW M2 generasi kedua dijual pada harga bermula dari RM598,800 tanpa pilihan tambahan dan insurans, atau RM642,800 dengan pakej M Pro. Harga tersebut termasuk waranti tanpa had perjalanan selama 5 tahun, serta pakej penyelenggaraan berjadual percuma, bersama pelbagai perkhidmatan pasca jualan dan keistimewaan lain daripada BMW Malaysia.
APA YANG MENARIK PADA BMW iX M60?

BMW iX M60 yang dilancarkan ialah sebuah SUV elektrik berprestasi tinggi, M, yang pertama daripada BMW untuk pasaran Malaysia.
Model ini menggunakan dua motor yang memacu kesemua roda dengan output 619 hp dan 1,100 Nm. Ini membolehkan iX M60 melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Kedua-dua motor dikuasakan oleh pek bateri 111.5 kWh. Dengan cas penuh, iX M60 memiliki jarak pemanduan maksimum WLTP sejauh 566 km - rendah sedikit berbanding iX xDrive50 Sport yang mempunyai jarak pemanduan maksimum 630 km. Selain boleh dicas dengan input AC 11 kW dan 22 kW, iX M60 juga menerima input DC berkepantasan ultra sehingga 195 kW. Ini membolehkan pengecasan dari 0 hingga 80% dilakukan dalam masa hanya 35 minit, berbanding 11 jam dengan pengecas AC pada 11 kW.
Ditawarkan eksklusif hanya untuk iX M60, ialah rim aerodinamik BMW M Individual berukuran 22 inci jenis 3D warna gangsa titanium 1023, sistem audio premium Bower dan Wilkins Diamond 30-speaker 1,615 watt, upholsteri eksklusif kabin Interior Design Suite Amido dan Interior Design Suite Castanea, serta logo model dalam warna hitam berkilat atau gangsa titanium.


Ruang kabin dilengkapkan dengan skrin melengkung BMW dan pelbagai lagi ciri premium lain termasuk pendingin hawa 4-zon, pakej Driving Assistant Professional dan pakej Parking Assistant Professional serta sistem kawalan jelajah baharu yang hadir dengan fungsi brek. Ciri lain ialah pakej BMW Live Cockpit Professional dan perkhidmatan BMW Connected.

BMW iX M60 boleh didapati dalam tujuh pilihan warna termasuk dua warna eksklusif untuk bahagian badan kereta dan dua pilihan warna dalaman. Model ini dijual dari harga RM630,800. Harga adalah termasuk jaminan tanpa had perjalanan selama 5 tahun dan pakej penyelenggaraan percuma, termasuk jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km, bersama pelbagai perkhidmatan pasca jualan dan keistimewaan lain daripada BMW Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Macam-Macam Acara Disediakan
ian Siang Premium Auto akan mengadakan acara M Town by Tian Siang di Juru, Pulau Pinang pada Sabtu ini.
06-09-2023
BMW M2 2023 Kini Mendarat Di Malaysia – 454HP, Pakej Pro Ditawarkan, Harga Dari RM598K
BMW Malaysia telah melancarkan BMW M2 generasi kedua serba baharu secara rasmi.
18-01-2023
Berani Buat, Berani Tanggung, Buat Aksi Drift, Tak Pasal-Pasal Duit Melayang!
Seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir RM12,438 kepada empat pemilik kenderaan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand.
31-10-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti
BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.
23-09-2025
BMW March Into Joy: BMW Beri Tawaran Istimewa Hanya Untuk Model BMW Terpilih
BMW Malaysia menawarkan tawaran eksklusif menerusi acara jualan BMW March Into JOY bermula dari 7 hingga 9 Mac ini di seluruh negara.
06-03-2025
BMW iX Facelift 2025 Diperkenalkan – Rekaan & Prestasi Lebih Agresif, Jarak EV Lebih Jauh
Selain M3 CS Touring, BMW turut memperkenalkan BMW iX yang diperbaharui bagi tahun 2025. Apa yang berbeza?
31-01-2025
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat