Dahsyat! Ini Rupanya Kereta Terpantas Di Dunia! – 1600HP

Apakah kereta yang terpantas di dunia? Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu bahawa model tersebut ialah Koenigsegg Jesko Absolut dengan kelajuan yang mencapai 330 batu sejam atau 531 km/j! Apa yang membuatkan kereta ini terlalu berkuasa? Ini pendedahannya…
Hypercar yang berharga AS$3 juta ini dikuasakan oleh enjin 5.1L V8 turbo kembar yang membolehkan kereta mencapai kuasa 1,600 hp dan 1,500 tork. Namun bukan ini sahaja yang membuatkan model ini mampu mencapai kelajuan yang menakjubkan kerana…

Jurutera Koenigsegg memberikan tumpuan kepada setiap inci rekaan dan sistem agar prestasi yang terbaik dapat dicapai. Jesko Absolut mempunyai pekali seretan (drag coeefficient) 0.278 menjadikannya cukup aerodinamik. Selain itu, model ini turut menggunakan transmisi kelajuan cahaya (LST), yang membolehkan peralihan gear dilakukan “sepantas kilat.” Di samping itu ia turut dibantu oleh penggunaan beberapa sistem klac multi-disc basah dan dibina menggunakan bahan yang ringan.

Dari segi rekaan, Jesko Absolut dipasangkan dengan dua sirip besar pada penutup enjin yang membantu meningkatkan kestabilan kereta semasa dipandu pada kelajuan tinggi.
Downforce atau daya ‘tekanan’ dikurangkan kira-kira 41 kg pada 249 km/j sehingga daya maksimum 150 kg, yang bermakna, Absolut boleh menggunakan suspensi yang lebih lembut menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.
Model Lain Dengan Kepantasan Luar Biasa

Bugatti Bolide yang dikuasakan oleh enjin 8.0L W16 quad-turbo memiliki output 1,825 hp/1,850 Nm. Hypercar ini boleh mencapai kelajuan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 2.17 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 311 batu sejam atau 501 km/j.
Hypercar Elektrik Dengan Prestasi Luar Biasa
Model-model elektrik seperti Lucid Air Sapphire, Lotus Evija, Pininfarina Battista, dan Rimac Nevera telah membuktikan prestasi yang tinggi tidak mustahil untuk dicapai tanpa menggunakan enjin pembakaran.

Lucid Air Sapphire memiliki kelajuan tertinggi 200 batu sejam (322 km/j) dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sepantas 1.95 saat

Tesla Model S Plaid memiliki kelajuan puncak 322 km/j yang sama seperti Lucid Air Sapphire, namun dengan masa pecutan 0-100 km/j 2.1 saat

Lotus Evija pula memiliki kelajuan tertinggi 350 km/j dengan masa pecutan 0-100 km/j kurang 3 saat
Apa Yang Membuatkan Sesebuah Kenderaan Itu Hypercar?
Sports Car, Supercar, dan Hypercar adalah tiga kategori berbeza dalam dunia automotif yang menggambarkan prestasi dan ciri-ciri tertentu:
1. Sports Car:
Sports car adalah kereta yang dihasilkan dengan prestasi yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Model dalam kategori ini bukan sahaja lebih berkuasa berbanding kebanyakan kenderaan lain di atas jalan raya, tapi juga dengan pengendalian yang lebih baik dan mempunyai rekabentuk yang sporty. Contoh Sports Car ialah Mazda MX-5 dan Porsche 911.

Mazda MX-5
2. Supercar:
Supercar diletakkan pada tahap lebih tinggi berbanding Sports Car. Model-model kereta dalam kategori ini memiliki prestasi yang lebih tinggi dengan reka bentuk yang lebih tertumpu kepada ciri aerodinamik. Contoh Supercar ialah Ferrari 488 GTB dan Lamborghini Aventador.

Lamborghini Aventador
3. Hypercar:
Hypercar terletak pada tahap paling tinggi dan eksklusif. Model ini memiliki prestasi yang luar biasa dengan reka bentuk aerodinamik yang canggih. Hypercar selalunya dihasilkan dengan menggunakan teknologi dan bahan terkini untuk mencapai kelajuan dan prestasi yang sukar untuk ditandingi.
Sesetengah orang mempercayai bahawa model pertama yang menyandang gelaran sebagai hypercar ialah Bugatti Veyron 2005, namun sesetengahnya lagi McLaren F1 1993 sebagai model pertama.
Kebiasannya model yang dikeluarkan dijual pada harga sangat tinggi dan dalam bilangan terhad. Contoh: Bugatti Chiron, Koenigsegg Jesko.

Bugatti Chiron
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg
Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.
11-07-2025
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera
Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.
10-09-2021
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

