EKSKLUSIF: R-Line Mk 8 Nak Jual Balik

Di sebalik sesi pratonton VW Golf R Mk 8 yang merupakan versi pemasangan tempatan (CKD), apa yang menjadi tanda tanya ialah di manakah varian Golf R-Line varian 'asas'?
Untuk itu, kami ada ajukan soalan itu kepada sumber dalaman Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan responsnya agak menarik.
Sebelum menceritakan mengenai R-Line, Volkswagen Golf generasi kelapan buat pertama kalinya muncul dalam versi CKD pada Februari tahun lalu.
Berdasarkan rancangan awal, VPCM mahu memasang kedua-dua varian prestasi asas R-Line dan GTI di kilangnya yang terletak di Pekan, Pahang.
Langkah itu dilihat amat penting terutamanya kehadiran hot-hatch GTI dalam pasaran.

Bagi R-Line pula, VPCM telah memilih untuk menentukannya dengan transmisi automatik 8-kelajuan (8AT) yang nampaknya lebih dipercayai berbanding kotak dwi-clutch DSG.
Biarpun, harga rasminya sudah diumumkan pada Ogos tahun lepas, namun pergerakan jualan model itu dilihat agak lembap meskipun varian R-Line datang dengan lebih banyak kit termasuk pemacu aktif IQ.Drive jenama VW dan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang ada pada GTI ini adalah lebih mahal.
Maka, tidak hairanlah VPCM terpaksa menghentikan jualan R-Line secara senyap-senyap.
Sebaliknya, VPCM mengambil inisiatif dengan mengemas kini GTI kembali pada Mac tahun ini dengan menyumbat pek ADAS.


Ini juga antara kemungkinan untuk menaik taraf prestasi Golf R seperti yang ditayangkan semalam.
Untuk makluman anda, R-Rated” Golf R dilancarkan bersama “R Performance Package” sebagai standard yang merangkumi ekzos titanium Akrapovič, mode “Drift” dan “Special”, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19 inci.
Begitupun, pada sesi pratonton semalam, sumber dalaman itu ada memberi bayangan bahawa varian R-Line berkemungkinan besar akan kembali dijual.
Pendek kata, Golf R-Line belum lagi disimpan sepenuhnya untuk pasaran tempatan namun ia akan kembali tidak lama lagi.
VW Golf R-Line Mk 8 pada mulanya diletakkan sebagai tawaran peringkat permulaan kepada rangkaian hatchback Golf generasi kelapan.

Namun ia agak berbeza dengan GTI dan R dimana ia disumbat dengan enjin 1.4 liter TSI 4-cyl turbo dengan hamburan kuasa 150 hp dan 250 Nm.
Apapun, sekiranya Golf R-Line Mk 8 kembali, mungkin kita akan melihat semakan harga iatu sekitar RM170,560 (tidak termasuk insurans).
Pengembalian model tersebut akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pemanduan enjin pembakaran dalaman yang terakhir dari syarikat berkenaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.
05-11-2025
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.
05-11-2025
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.
17-09-2025
Renate Noessler Terajui VPCM
VPCM dan PHSAM mengumumkan pihaknya telah melantik Renate Noessler sebagai Pengarah Urusan VPCM untuk mengetuai operasi dan perniagaan VPCM.
16-06-2025
Dilancar: Golf GTI Black Edition - Harga Bermula Dari RM247, 512
VPCM memperkenalkan Golf GTI Black Edition ke pasaran tempatan.
07-05-2025
VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K
VPCM mengumumkan Touareg R-Line versi pemasangan tempatan kini ditawarkan pada harga bermula dari RM382,690.
03-01-2025
VPCM Laksana Program Bantuan Banjir, Tawar Diskaun 30% Alat Ganti Tulen
VPCM melaksanakan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
02-12-2024
VPCM Catat Nama Dalam Malaysia Book of Records – Perhimpunan Volkswagen Golf Terbesar
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
27-08-2024
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat