Gagal Lagi Ekstrak Data CVR Pesawat Terhempas

Gara-gara pihak maklmal di Singapura gagal mengeluarkan data daripada Data perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1), ia kini dihantar ke Amerika Syarikat.
Perkembangan terkini itu disahkan sendiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Menurutnya, CVR berkenaan akan dihantar ke kilang pengeluar di Florida, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat ini.

"Pagi tadi saya mendapat laporan daripada ketua biro (BSKU), makmal di Singapura juga tak dapat keluarkan rakaman suara tersebut. Jadi ada beberapa isu teknikal, kekangan yang tidak dapat mengeluarkan rakaman tersebut.
"Ketua biro akan balik ke Kuala Lumpur petang ini (Selasa) dan memberikan penjelasan kepada saya. Tindakan susulan mungkin perlu hantar 'memory puck' ke AS untuk dianalisa. Kita akan membuat perancangan seawal mungkin untuk membenarkan pasukan BSKU pergi ke Florida untuk cuba 'retrive' perakam suara tersebut,” katanya.

Semalam, Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa CVR pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Shah Alam telah hangus terbakar.
Ketiadaan kepakaran dalam mengeluarkan data menyebabkan ia dihantar ke sebuah makmal di Singapura dan kini akan dihantar ke AS.
Apapun, semoga kesemua persoalan mengenai punca pesawat itu terhempas dapat terjawab sejurus data daripada CVR diekstrak.
Seperti mana diketahui umum, seramai 10 orang terkorban apabila pesawat jenis Beechcraft Model 390 terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada minggu lepas.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Kepakaran Punca CVR Dihantar Ke Luar Negara
Nahas Elmina: CVR rosak teruk telah dibawa ke Singapura untuk keluarkan data kokpit.
21-08-2023
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat