Ini Imej Kia EV5 Yang Bakal Didedahkan Secara Rasmi Di China 25 Ogos Nanti
-full_normal.webp)
Kia EV5 dikesan di China (Kredit Foto: Car News China)
Kia EV5 baharu versi pengeluaran telah dikesan di China, hanya beberapa hari sebelum pelancarannya secara rasmi di peringkat global akhir bulan ini. Menurut Car News China, susuk EV5 'terbongkar' secara tidak sengaja oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Sama seperti model konsep EV5 yang diperlihatkan awal tahun ini, versi pengeluaran ini mempunyai ciri reka bentuk yang tidak jauh berbeza dengan SUV Kia EV9, namun dalam versi yang lebih kecil.
Perbezaan ketara antara model ini dan versi konsepnya adalah penambahan cermin sisi konvensional, pemegang pintu yang terbenam pada pintu, lampu hadapan dan belakang LED yang diberikan perubahan kecil, serta beberapa pilihan rim bersaiz 18 hingga 19 inci.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Kia EV5 versi pengeluaran yang bakal dilancarkan tidak lama lagi (Kredit Foto: Car News China)
Walaupun bahagian dalam EV5 masih belum didedahkan lagi, model ini dijangkakan akan menampilkan reka bentuk kabin berkonsep minimal serta dilengkapi teknologi yang sama seperti yang terdapat pada EV9.
Dari segi saiz, EV5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,715 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,750 mm, meletakkannya dalam kategori SUV segmen C. Untuk perbandingan, Nissan Ariya, yang juga sebuah SUV EV segmen C, berukuran 4,595 mm panjang, 1,850 mm lebar, dan dengan jarak antara roda sepanjang 2,775 mm.
-full_normal.webp)
Kia EV5 Concept yang telah diperlihatkan awal tahun ini dibina berdasarkan platform yang sama seperti EV9 iaitu EV E-GMP Hyundai Motor Group dengan binaan bateri 800 volt, yang menggunakan pakej bateri fosfat besi litium (LFP) Blade yang eksklusif dari BYD dengan kapasiti yang tidak dinyatakan. Bateri Blade memyalurkan tenaga kepada motor elektrik pada output 215 hp dan 310 Nm yang dipasang di hadapan dan memacu EV5 untuk mencapai kelajuan maksimum elektronik 185 km/j.

Kereta konsep Kia EV5 yang didedahkan awal tahun ini
Selain daripada varian pacuan roda hadapan, Kia juga dilaporkan akan memperkenalkan varian pacuan empat roda (AWD) dua motor dengan kuasa yang lebih tinggi.


Kia EV5 akan dihasilkan di kilang yang bertempat di Yangcheng, China, oleh Dongfeng Yueda Kia Motor - hasil kerjasama Kia dengan Dongfeng Motor dan Yueda Group. Selain pasaran tempatan, EV5 buatan China juga akan dieksport ke beberapa pasaran antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat.
Kia EV5 baharu akan membuat penampilan globalnya secara rasmi pada 25 Ogos tahun ini semasa Chengdu Motor Show akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan
Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.
12-12-2025
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) keduanya di pasaran Malaysia, Kia EV9 2024 di The Exchange TRX.
11-06-2024
EV6 Nampak Sama Macam EV9 Tapi Ada Bezanya
EV6 kelihatan agresif walaupun ia cuma kenderaan elektrik.
15-05-2024
Kia EV9 Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia – 2 Varian, Dari RM369K
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia hari ini telah melancarkan Kia EV9 Serba Baharu. Ini spesifikasinya...
03-05-2024
KIA EV9: Ada 2 Varian, Harga Lebih RM400K
Bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan EV9 bermula hari ini.
06-04-2024
Kia EV9 Dikesan Di Malaysia – Bakal Jadi Pasaran RHD Pertama?
Kia EV9 telah dikesan di Malaysia buat kali pertama beberapa hari yang lalu.
07-08-2023
Kia Tawar Kemas Kini Perisian: Ada Cadangan Laluan EV, SoundHound & UX Lebih Baik
Kia telah mengumumkan bahawa kemas kini perisian over-the-air (OTA) sudah ditawarkan.
11-07-2023
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge