Isu Jalan Rosak, Berlubang Jangan Dibuat Main

Jalan lubang.
Isu jalan berlubang dan rosak, cukup sensitif buat pengguna jalan raya terutama apabila kenderaan yang dipandu terperosok ke dalam jalan berlubang sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.
Malah ada satu kes pada awal tahun ini apabila seorang mangsa yang baru seminggu berkahwin menemui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar lubang.

Pengantin lelaki maut selepas terlanggar lubang pada Februari lalu.
Melihat kejadian seumpama ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal melancarkan kempen untuk mengatasi isu infrastruktur jalan raya seperti jalan rosak dan berlubang.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semalam.
“Isu jalan berlubang dan masalah berkaitan infrastruktur serta perabot jalan seperti lampu jalan, papan tanda dan sebagainya, bukanlah perkara baharu di Malaysia.

"Saya memahami masalah ini yang kerap dilaporkan dalam media massa mahupun media sosial oleh pengguna. Dari hari pertama saya menjejakkan kaki di KKR, inilah antara perkara yang saya tekankan kepada semua warga kementerian,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook rasminya, semalam.
Beliau bagaimanapun mengakui isu itu dilihat kecil buat sesetengah pihak.
“Namun, saya tidak memandang ringan kerana kesannya boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. Isu membabitkan nyawa tidak boleh dipandang sebelah mata,” tegasnya.

Untuk itu, pihaknya akan menambah baik sistem aduan awam bawah fungsi KKR.
Difahamkan, kempen itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.
Apa pula pandangan anda sebagai pengguna jalan raya?
Kongsikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan
Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.
26-05-2025
SAH! JKR Sudah Selenggara Lebih 30,000 Meter Persegi Jalan Berlubang Di Kelantan!
Jalan berlubang di Kelantan dibaiki dalam tempoh 24 jam bagi mengelak kemalangan maut.
02-04-2025
Jalan Berlubang: Aduan Perlu Diselesaikan Dalam 12 Jam Bukan 24 Jam
Langkah itu diambil selaras dengan 'dasar sifar lubang' di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur.
19-02-2025
PBT Wajib Patuhi SOP Baiki Jalan Berlubang Dalam 24 Jam
Kerja-kerja membaiki Jalan Persekutuan berlubang sepatutnya dilakukan dalam tempoh 24 jam.
27-11-2024
Penunggang Motosikal Cedera Kerana Jalan Berlubang, Terima Ganti Rugi RM721,000
Seorang penunggang motosikal yang tercedera kerana kemalangan di jalan berlubang berjaya mendapatkan ganti rugi sebanyak RM721,000.
30-04-2024
Kerajaan Belanja RM73.45 Juta Baiki Jalan Berlubang Tahun Ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta dalam enam bulan pertama tahun ini.
03-08-2023
Ada Masalah Jalan Berlubang? Hubungi ASaPP
Sebanyak 2,138 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal.
12-06-2023
Korang Boleh Pohon Peruntukan Untuk Baiki Jalan?
Rakyat boleh mohon peruntukan untuk tampal jalan berlubang tetapi ada syarat-syaratnya.
02-06-2023
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge