Jalan Sungai Besi Arah Selatan Ditutup Setahun Mula 5 Ogos
-full_normal.jpg)
Jalan Sungai Besi (arah selatan) yang menghubungkan Sungai Besi dan Petaling Jaya berhadapan dengan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun bermula 5 Ogos ini. Penutupan ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan, umum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL menjelaskan bahawa pengguna jalan raya yang biasanya melalui kawasan tersebut akan diberi pilihan lencongan trafik yang telah ditetapkan.
Antaranya trafik dari Bulatan Kampung Pandan yang ingin ke Sungai Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan (rujuk Lampiran 1 di bawah):
-full_normal.jpg)
Lampiran 1
Bagi trafik yang datang dari Sungai Besi atau Petaling Jaya yang ingin ke Bulatan Kampung Pandan, akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew (rujuk Lampiran 2 di bawah):
-full_normal.jpg)
Lampiran 2
Bagi trafik dari Cheras yang menghala ke Jalan Yew, mereka perlu melakukan pusingan U di persimpangan 'fly-over' di Jalan Maharajalela, begitu juga dengan trafik yang datang dari Cheras yang ingin menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew. Mengulas lanjut, DBKL berkata, laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga (rujuk Lampiran 3A, 3B dan 3C di bawah):
-full_normal.jpg)
Lampiran 3A
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Lampiran 3B (kiri) dan 3C (kanan)
Trafik dari Jalan Kinabalu yang hendak menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew yang menghala ke Bulatan Pudu. Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal (Rujuk Lampiran 4A, 4B, 4C dan 4D di bawah):
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Lampiran 4A (kiri) 4B (kanan)
-full_normal.jpg)
Lampiran 4C (kiri) 4D (kanan)
Selain itu, laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching juga akan ditutup pada tempoh pembinaan, dan laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi, dan Jalan Hang Tuah (rujuk Lampiran 5 di bawah):
-full_normal.jpg)
Lampiran 5
DBKL menyatakan bahawa penutupan jalan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja merobohkan dan membina semula jambatan di Bulatan Pudu yang menghubungkan ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu). Jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup bagi semua lalu lintas secara serentak. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua, dan Jalan Tiga (rujuk Lampiran 6A dan 6B):
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Lampiran 6A (kiri) dan 6B (kanan)
DBKL menasihatkan agar pengguna jalan raya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesulitan semasa tempoh penutupan ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hati-Hati Lalu JLN Sungai Besi, Banyak Jalan Akan Dilencong
Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Oktober.
29-09-2023
Penutupan Penuh Pusingan-U Di KM9.5 Kedua-Dua Arah Besraya Mulai Hari Ini!
Pihak Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menjalankan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Besraya bermula hari ini secara percubaan selama enam bulan.
05-01-2026
Jalan Sungai Besi Tutup Bermula Hujung Bulan Ini
Jalan Sungai Besi ditutup untuk melebarkan lagi jalan.
10-09-2023
Elokla DBKL Tangguh Keputusan Untuk Tutup Jalan Sungai Besi
Penutupan Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew mulai esok ditangguhkan.
04-08-2023
Ini Senarai Jalan Petaling Jaya Yang Ditutup Pada 17-18 Jun Untuk Acara Larian
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengumumkan penutupan jalan untuk acara larian PJ10K 2023.
15-06-2023
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Berlangsung 13 Julai Ini, Ini Lokasi Terlibat
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup beberapa laluan sempena acara Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada hari Ahad, 13 Julai ini.
08-07-2025
Jalan Bukit Bintang Mungkin Akan Jadi Laluan Untuk Pejalan Kaki Sahaja?
Isu kesesakan di kawasan Segi Tiga Emas, Bukit Bintang, seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun punca utama masalah trafik ini telah dikenalpasti, masih tiada penyelesaian yang dapat ‘menamatkan’ isu ini daripada terus berlaku.
30-12-2024
Penutupan Jambatan di Pulau Pinang secara Berperingkat 28 Julai Ini
Pulau Pinang akan menyaksikan penutupan dua jambatan utama pada 28 Julai ini. Ini butirannya...
19-07-2024
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
