ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Sungai Besi Arah Selatan Ditutup Setahun Mula 5 Ogos

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(2).jpg


Jalan Sungai Besi (arah selatan) yang menghubungkan Sungai Besi dan Petaling Jaya berhadapan dengan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun bermula 5 Ogos ini. Penutupan ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan, umum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


DBKL menjelaskan bahawa pengguna jalan raya yang biasanya melalui kawasan tersebut akan diberi pilihan lencongan trafik yang telah ditetapkan.


Antaranya trafik dari Bulatan Kampung Pandan yang ingin ke Sungai Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan (rujuk Lampiran 1 di bawah):


Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(15).jpg

Lampiran 1 


Bagi trafik yang datang dari Sungai Besi atau Petaling Jaya yang ingin ke Bulatan Kampung Pandan, akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew (rujuk Lampiran 2 di bawah):


Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(13).jpg

Lampiran 2


Bagi trafik dari Cheras yang menghala ke Jalan Yew, mereka perlu melakukan pusingan U di persimpangan 'fly-over' di Jalan Maharajalela, begitu juga dengan trafik yang datang dari Cheras yang ingin menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew. Mengulas lanjut, DBKL berkata, laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga (rujuk Lampiran 3A, 3B dan 3C di bawah):


Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(10).jpg

Lampiran 3A
Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(5).jpgBulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(9).jpg
Lampiran 3B (kiri) dan 3C (kanan)

Trafik dari Jalan Kinabalu yang hendak menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew yang menghala ke Bulatan Pudu. Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal (Rujuk Lampiran 4A, 4B, 4C dan 4D di bawah):


Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(4).jpgBulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(8).jpg

Lampiran 4A (kiri) 4B (kanan)
Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(6).jpgBulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(14).jpgLampiran 4C (kiri) 4D (kanan)

Selain itu, laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching juga akan ditutup pada tempoh pembinaan, dan laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi, dan Jalan Hang Tuah (rujuk Lampiran 5 di bawah):


Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(11).jpg

Lampiran 5

DBKL menyatakan bahawa penutupan jalan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja merobohkan dan membina semula jambatan di Bulatan Pudu yang menghubungkan ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu). Jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup bagi semua lalu lintas secara serentak. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua, dan Jalan Tiga (rujuk Lampiran 6A dan 6B):


Bulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(12).jpgBulatan-Loke-Yew-Close-Caricarz-(7).jpg

Lampiran 6A (kiri) dan 6B (kanan)


DBKL menasihatkan agar pengguna jalan raya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesulitan semasa tempoh penutupan ini.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

10-03-2023
Berita Auto

22-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.