Nissan Almera Kini Menyokong Android Auto

Nissan Almera menerima kemas kini yang kecil tetapi penting - sokongan Android Auto
Pengedar rasmi dan pemasang kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pada hujung minggu lalu telah mendedahkan di media sosial tentang kemas kini terbaharu yang ditawarkan kepada sedan segmen B, Nissan Almera. Unit infotainmen bersaiz 8 inci model ini kini menyokong sambungan Android Auto.
Sebelum ini, kami pernah diberikan peluang untuk memandu uji Almera dan mendapati bahawa model ini, varian pertengahan, VLP dan varian tertinggi, VLT, hanya menyokong sambungan Apple CarPlay (berwayar).
Perbualan ringkas bersama konsultan jualan ETCM berdekatan pejabat kami telah mendedahkan beberapa perkara. Menurut sumber kami, ETCM telah mengeluarkan unit Almera dengan ciri terbaru ini bermula bulan ini (Ogos). Tambahnya, unit infotainmen Almera yang hadir dengan ciri sambungan Android Auto ini masih sama, bermakna sokongan Android Auto baharu ini mungkin boleh diaktifkan dengan mudah melalui kemas kini firmware.


Berdasarkan salah satu perkongsian terkini ETCM, unit skrin sentuh 8 inci pada varian VLP dan VLT kini menawarkan sambungan Android Auto selain Apple CarPlay - kedua-duanya menggunakan wayar
Pengumuman ini merupakan satu berita baik terutamanya buat bakal pembeli kerana kemas kini yang dibuat meletakkan Almera hampir sama dengan beberapa pesaing utamanya, Honda City facelift, Toyota Vios generasi AC100 baharu dan mungkin juga Mazda2 Sedan.
Bagi pemilik yang menerima Almera sebelum kemas kini ini dilancarkan, masih tiada sebarang pengumuman daripada ETCM. Kami telah menghubungi ETCM untuk mengesahkan sama ada kemas kini yang sama akan diberikan kepada unit Almera sedia ada melalui pusat-pusat servisnya, tetapi firma tersebut masih belum memberikan jawapan.



Almera telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 2020
Sedan Nissan Almera generasi kedua diperkenalkan di Malaysia pada September 2020 sebelum dijual secara rasmi pada November 2020. Model kali ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya dari segi reka bentuk dan enjin yang digunakan.
Nissan Almera dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3 silinder turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Sistem ini menyalurkan kuasa sebanyak 97 hp dan 152 Nm kepada roda hadapan. Peningkatan penting lain adalah penggunaan pakej Mobiliti Pintar Nissan (NIM) untuk bantuan pemandu aktif (ADAS) dalam varian VLT yang tertinggi.

Almera versi facelift telah diperkenalkan di Thailand awal tahun ini. Kemasukan ke dalam pasaran Malaysia masih belum diumumkan
Walaupun Almera versi facelift telah diperkenalkan dan mula dijual di negara jiran, Thailand, sejak Mei tahun ini, negara kita masih belum menerima model terbaharu ini.
Buat masa ini, untuk pasaran Malaysia, Almera ditawarkan pada harga M83,888 (VL), RM89,888 (VLP) dan RM95,888 (VLT) tanpa insurans atau pilihan Pakej Tomei yang diperkenalkan oleh ETCM kira-kira setahun yang lalu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat