Setakat Lapor Je Tak Guna, Kena Ada Tindakan Pantas

Sebuah pasukan tindakan perlu ditubuhkan bagi memantau semua aduan yang diterima menerusi aplikasi MyJalan.
Itu antara pendapat Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail.
Langkah itu dilihat perlu bagi memastikan segala tindakan susulan diambil dengan segera.
“Harus diingat setiap aduan itu pada asasnya membabitkan isu keselamatan pengguna, jadi tindakan perlu segera diambil.
"Juga harus ada satu SOP (prosedur operasi standard) yang jelas, misalnya setiap aduan diterima wajib diselesaikan dalam satu tempoh yang wajar dan untuk menjayakannya kementerian perlu sentiasa mempunyai tenaga kerja dan sumber yang mencukupi pada setiap masa," katanya kepada Bernama.

Untuk makluman anda, MyJalan telah dilancarkan pada pertengahan bulan ini.
Ia adalah platform aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan dan semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara KKR.
Sementara itu, seorang pengguna, Latif Jamil berkata, dengan adanya aplikasi MyJalan, orang ramai boleh membuat aduan dengan lebih mudah tanpa perlu ke pejabat pihak berkuasa tempatan.
“Harap aduan yang dihantar menerusi MyJalan dapat diselesaikan segera tetapi bukannya membaik pulih jalan rosak secara ala kadar sehingga kejadian sama berulang,” katanya sambil memberitahu setakat ini, dia belum membuat sebarang aduan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Aplikasi MyJalan Hadir Dengan Pelbagai Fungsi, Bukan Sekadar Aduan Jalan
Aplikasi MyJalan akan diperkukuh sebagai pangkalan data utama pembangunan infrastruktur, khususnya dalam pengurusan penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara.
29-08-2025
Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR
Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.
07-08-2025
Banyak Jalan Rosak Bukan Bawah KKR
Harap PBT ambil tindakan segera, jangan tunggu sampai ada yang terkorban.
06-09-2023
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat