smart#1 Dah Boleh Tempah Hari Ini!

Ada berita baik bagi yang sering kali mengikuti perkembangan kenderaan elektrik (EV) smart#1.
Ini kerana EV itu sudah boleh ditempah dengan RM1,000 sahaja dan bayaran tempahan akan dikembalikan sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk membatalkan hasrat untuk membeli kenderaan berkenaan.

Tempahan itu boleh dibuat menerusi aplikasi Hello. Ia boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store, termasuk Huawei App Gallery.
Bagaimanapun, smart Malaysia dan PRO Net masih belum mendedahkan harga rasmi EV terbabit.


Bagi yang berminat untuk membeli smart#1, ia didatangkan dalam dua varian: #1Premium dan varian tertinggi #1Brabus.
Difahamkan varian standard iaitu varian Pro+ yang ditawarkan di pasaran China tidak di jual di sini tetapi apapun kita kena tunggu tarikh pelancaran smart#1 bagi mengesahkan perkara ini.
Mengenai varian #1Premium, ia dikuasakan dengan satu motor elektrik yang dipasang di belakang (RWD).

Ia mampu menghamburkan kuasa setakat 268 hp dan tork 343Nm dan EV seberat dua tan ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.7 saat.
Varian ini dikuasakan dengan pek bateri berkapasiti 66 kWj NCM (nikel, kobalt, mangan), sekali gus membolehkan ia melakukan jarak gerak sehingga 440 km.
Sementara itu, Brabus #1 yang menerima persediaan pacuan semua roda dwi-motor dilihat lebih “bersemangat”.
Ini kerana ia mampu menghasilkan output sebanyak 422 hp (315 kW) dan 543 Nm dan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat.

Biarpun, ia dikuasakan oleh bateri 66-kWj yang sama seperti Premium, Brabus #1 hanya mampu melakukan perjalanan sejauh 400 km ( berdasarkan WLTP).
Dari segi pengecasan pula, kedua-dua varian ini menerima bateri 400 voltan.
Maka, dengan pengecas AC 22-kW, baterinya boleh penuh dari 10% hingga 80% dalam masa 3.5 jam.
Sementara itu, jika menggunakan pengecas pantas DC 150 kW pula, baterinya boleh cas hanya dalam 30 minit.
Jika berminat dengan #1 Premium, ia ditawarkan dalam tujuh pilihan warna: Laser Red, Digital White, Quantum Blue, Lumen Yellow, Cyber Silver, Future Green, dan Atom Grey Matte.


Namun hanya satu tona untuk bahagian dalaman ditawarkan.


Lain pula bagi #1Brabus, bahagian luarannya didatangkan dalam tujuh warna manakala enam daripadanya menawarkan dua tona warna.

Difahamkan, varian Brabus mendapat beberapa sentuhan kosmetik tambahan berbanding spesifikasi Premium.
Antaranya aksen merah pada bahagian luarnya, hud hadapan berventilasi, lencana Brabus, spoiler belakang dipasang di bumbung dan rim aloi 19-inci 'Dynamo' yang lebih menarik.

Di bahagian dalam, varian Brabus #1 mendapat warna dalaman berwarna merah dan hitam serta sulaman logo Brabus pada tempat duduk hadapan.
Apapun, anda kena tunggu hujung tahun ini kerana ia hanya akan dilancarkan pada masa itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
smart Malaysia, CapitaLand Jalin Kerjasama, Anjur Peraduan Shop Smart Win Smart
smart Malaysia bekerjasama dengan CapitaLand mengadakan kempen cabutan bertuah untuk Hari Pengguna terbesar di Malaysia, “Shop SMART Win smart.”
17-03-2025
Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000
Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.
03-10-2024
Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan
smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.
04-09-2024
Ini Dia BRABUS, Sporty Habis, Nampaknya Boleh Laku Keras
smart Malaysia memperkenalkan secara rasminya model perdana smart #1, varian BRABUS sebentar tadi.
05-10-2023
Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia
Gentari Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.
13-10-2022
EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Smart #1 bakal masuki pasaran Malaysia, ini 6 fakta penting mengenai EV kompak premium mampu milik ini.
18-08-2022
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
