ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ada Berita Baik Siapa Nak Beli Ora Good Cat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

ORA telah melakar kejayaan luar biasa apabila syarikat itu berjaya mencapai jumlah pengeluaran yang ke-400,000 unit di kilang pemasangannya di China, baru-baru ini.

Jadi, sempena pencapaian itu, GWM Malaysia memperkenalkan Pelan Penukaran Mudah daripada kereta pembakaran dalaman (ICE) kepada kereta elektrik (EV).

image.png

Pelan itu diperkenalkan semata-mata untuk mempercepatkan peralihan kepada  EV di Malaysia. 

Langkah itu juga diambil sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan bersih sifar gas rumah hijau (GHG) seawal 2050.

image.png

Berikut adalah Pelan Penukaran Mudah EV GWM:

• Pandu uji ekstensif selama dua hari 

• Bantuan trade-in ICE ke BEV

• Kredit pengecasan percuma berjumlah RM1,000

• Aksesori percuma 

image.png

Jadi, bagi menggalakan orang ramai membeli EV, GWM Malaysia memberi peluang orang ramai untuk melakukan peluang pandu uji Ora Good Cat selama dua hari.

Ia bagi membolehkan para pelanggan dapat merasai pengalaman pemanduan EV yang sebenar.

Maka, menerusi sokongan bantuan tukar beli ICE kepada BEV, pelanggan boleh menukar kereta mereka dengan sokongan tambahan untuk menjual kenderaan ICE mereka untuk menyelesaikan beban mereka. 

Pakej itu juga disertakan dengan RM1,000 mengecaj kredit di stesen pengecas EV terpilih untuk pelanggan membiasakan infrastruktur pengecasan, selain aksesori percuma sebagai hadiah untuk pemilik baharu ORA Good Cat.

Malah, pembeli Ora Good Cat juga akan menerima pengecas di rumah dan mudah alih secara percuma, ada jaminan selama lima tahun atau sehingga 150,000km serta jaminan bateri untuk 8 tahun dan perbatuan sejauh 180,000km. 


Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata, pihaknya  memandang serius mengenai  kebimbangan pelanggan dengan cabaraN ev teruatama dalam soal dalam ketidakcekapan kemudahan pengecasan dan beberapa perkara lain.

Oleh itu, dengan pelan baharu ini, ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka selain mereka boleh mempertimbangkan untuk memiliki EV pertama dengan membeli Ora Good Cat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sedikit info mengenai Ora Good Cat, ia sebenarnta didatangkan dengan dua varian iaitu ORA Good Cat 400 PRO ( RM139,800) dan ORA Good Car 500 Ultra pula dijual pada harga (RM169,800).

image.pngimage.png

Melihat sahaja kepada luarannya, kereta comel ini tampil dengan beberapa rekaan yang moden dan ciri canggih.

Bagi varian ORA Good Cat 400 PRO, ia didatangkan dengan bateri lithium-ion phosphat iaitu 47.8kWh dan mampu bergerak sejauh 400 kilometer.

Sementara itu, varian tertinggi, 500 ULTRA pula, dilengkapi dengan dengan bateri yang lebih besar iaitu 63.1kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 500km untuk satu pengecasan penuh.

Menyentuh mengenai pengecasan, ia menggunakan biasa AC dimana varian 400 Pro memerlukan masa hingga lapan jam untuk baterinya penuh, manakala 500 Ultra memerlukan 10 jam.

image.png

Sebaliknya, dengan pengecasan pantas DC, tempoh pengecasan 400 Pro hanya sekitar  46 minit (32 minit jika dari 30-80 peratus manakala  500 Ultra pula ialah 60 minit dari 0-80 peratus.

Biar apapun pilihan anda, kedua-dua varian ini tetap menghamburkan kuasa yang sama. 

Untuk makluman anda, semua varian ini dilengkapi dengan  satu motor elektrik namun ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 141hp dan tork 210Nm tork.

Jentera ini digandingkan dengan  sistem pacuan roda depan, manakala kelajuan maksimum pula hanya  152 kilometer sejam.

Jadi tunggu apa lagi, kalau dah minat Ora Good Cat, cepatlah grab satu!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-03-2023
Video

28-01-2023
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.