BYD Buang Logo 'Build Your Dreams' Untuk Pasaran Eropah

Slogan 'Build Your Dreams' pada Atto 3
Syarikat pengeluar kereta China, BYD, akan menggugurkan logo 'Build Your Dreams' daripada hampir kesemua kenderaan yang dipasarkan di UK.
Sebelum ini, syarikat pengeluar kereta yang telah memasuki pasaran UK pada Mac tahun ini menggunakan perkataan tersebut pada bahagian belakang Atto 3 dan dijangka akan turut menampilkan logo yang sama pada model-model akan datang, Dolphin dan Seal.
Bagaimanapun, baru-baru ini BYD mengambil keputusan untuk tidak memaparkan logo tersebut pada keluaran terbaru.
Pengurus Pengalaman Pelanggan Eropah BYD, Tim Bryant berkata, "BYD telah mendengar maklum balas daripada peniaga, wartawan, dan rakan peniaga tahun lalu, ada yang menyokong penggunaan tulisan itu dan yang lain tidak."
Keputusan untuk menggugurkan perkataan 'Build Your Dreams' ini akhirnya diambil berdasarkan pandangan majoriti.
-full_normal.jpg)
BYD Seal
Pada peringkat ini, perkataan tersebut tidak lagi dipaparkan pada Atto 3 yang kini sedang dihasilkan di kilang untuk pasaran negara tersebut. Model lain yang bakal tampil minimal tanpa perkataan tersebut ialah sedan Seal.

BYD Dolphin
Namun begitu, difahamkan bahawa hatchback Dolphin masih lagi akan mengekalkan penggunaan logo tersebut memandangkan slogan itu diletakkan pada badan kereta melalui proses stamping yang memakan kos terlalu mahal untuk dibuang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat