ChargeSini 40kW DCFC Cukup Murah!

Pembekal perkhidmatan dan penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini mengumumkan bahawa pihaknya baru sahaja memasang pengecas EV di Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Shah Alam.
Untuk makluman anda, ChargeSini telah memasang satu pengecas 40kW DCFC manakala dua pengecas AC 22kW di lokasi terbabit.
DCFC ini dilengkapi dengan dua sambungan kabel CCS2 dimana para pelanggan boleh mengecas sehingga dua EV pada masa yang sama.
Bagi menggunakan pengecas ChargeSini,pengguna perlu memuat turun aplikasi telefon pintar ChargeSini melalui Apple App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

Semua petak parkir EV ini dilengkapki dengan sistem penghalang parkir dari ChargeSini dimana ia akan turun terlebih dahulu bagi membolehkan pengecasan dibuat berdasarkan input pelanggan yang diterima menerusi aplikasi berkenaan.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sistem penghalang parkir di Hospital Columbia Asia masih belum boleh diturunkan secara automatik.
Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menurunkan palang tersebut secara manual dan menegakkannya semula sebaik pengecasan selesai.

Semua sesi pengecasan menggunakan ChargeSini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat.

Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan caj terbiar sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
Buat masa ini, ChargeSini sudah memasang 226 stesen pengecas di seluruh negara termasuk Sabah. Bagaimanapun, difahamkan ChargeSini masih belum menembusi pasaran pengecasan di Sarawak.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9654
SELANGOR
BSR5766
JOHOR
JA2279J
PULAU PINANG
PSD7472
PERAK
APJ8039
PAHANG
CFH1523
KEDAH
KGH651
NEGERI SEMBILAN
NEK9076
KOTA KINABALU
SJT703
KUCHING
QAB1945P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
