ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Pamer Teknologi Terkini Pengecas EV Malaysia Di EVM Asia 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-1.jpg


Ruang pameran ChargeSini di EVM Asia 2023 yang kini sedang berlangsung di MITEC, KL 



Pembekal penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini (ChargeHere EV Solution Sdn Bhd), adalah salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam Ekspo EV Antarabangsa, Teknologi Mobiliti, Alat Ganti dan Komponen 2023 (EVM Asia 2023) yang kini sedang berlangsung di MITEC, KL.


Penyertaan tahun ini adalah kali yang ke-2 bagi ChargeSini selepas mengambil bahagian dalam EVM Asia buat pertama kalinya tahun lalu. Di EVM Asia 2023, ChargeSini hadir dengan lebih banyak teknologi dan penyelesaian digital yang baharu. 



web_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-2.jpg
web_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-3.jpgweb_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-4.jpg


Pelbagai teknologi pengecas dipamerkan di ruang pameran ChargeSini, antaranya ialah Nexus 11/22 kW



Antara teknologi canggih yang dipamerkan ialah unit pengecas AC komersial jenis Nexus 11/22 kW, serta sistem penghalang parkir automatik yang semuanya boleh diaktifkan melalui aplikasi yang telah dibangunkan syarikat. 


Selain itu, ChargeSini juga mempamerkan dua peranti pengecas DC. Unit yang pertama, Stellar 40, hadir dengan dua sambungan kabel yang membolehkan dua EV dicas secara serentak. Pengecas 40 kW yang ditawarkan ini telah dipasang di Resort Angsana Teluk Bahang menjadikannya stesen pengecas DC pertama ChargeSini di Pulau Pinang.



web_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-8.jpg

Pengecas DC Hyper 140 dilengkapi dengan tiga sambungan kabel jenis 2 (AC), CHAdeMO dan CCS2



Turut dipamerkan, ialah pengecas DC Hyper 140, versi pengecas DC lebih rendah daripada unit Hyper 180 yang ditawarkan ChargeSini. Pengecas berkuasa tinggi dengan kapasiti 140 kW ini dilengkapi dengan tiga sambungan kabel jenis 2 (AC), CHAdeMO dan CCS2. 


Ciri pengecasan dinamik unik yang ditawarkan oleh pengecas EV Hyper 140 membolehkan tiga EV dicas serentak dalam satu masa. Secara tidak langsung, menjadikannya pengecas yang sesuai untuk ditempatkan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti stesen minyak dan R&R. 



web_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-6.jpgweb_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-7.jpg
web_CariCarz_ChargeSini_EVM-Asia-2023_MITEC_-11.jpg


Pasukan perunding ChargeSini bersedia memberi penjelasan mengenai teknologi pengecasan yang ditawarkan ChargeSini



Selain alat pengecas, ChargeSini juga mempamerkan pelbagai penyelesaian digital, termasuk aplikasi telefon pintar ChargeSini yang kini boleh didapati melalui kedua-dua platform iaitu iOS dan Android.


Tapak ruang pameran EVM Asia 2023 yang lebih luas kali ini memberi peluang kepada ramai pasukan perunding ChargeSini untuk hadir sepanjang tempoh pameran bagi menjawab segala persoalan berhubung dengan penyelesaian pengecas EV.


w.jpg


Jangan tunggu lagi, ayuh ke EVM Asia 2023 sebelum berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-10-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026
EV

04-11-2025
EV

12-07-2025
EV

23-05-2025
EV

07-05-2025

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.