ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EV BMW Paling Laris, Dah Serah 1,600 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-21.jpg

BMW Group Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pembekal EV premium nombor satu di Malaysia baru-baru ini

BMW meraikan pencapaian itu selepas ia menyerahkan 1,600 unit kenderaan elektrik (EV) BMW, MINI dan BMW Motorrad dalam tempoh lapan bulan lalu.

Angka baharu itu membuatkan, pengeluar kereta premium itu telah melepasi 1,557 unit EV BMW dan MINI yang diserahkan pada keseluruhan tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Hans de Visser, berkata pencapaian yang mencerminkan komitmen padu BMW Group Malaysia ke atas janji 'Sheer Electric Driving Pleasure', mampu memperkukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia selama tiga tahun.

Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-09.jpg

"Dalam sebuah era yang berada di ambang transformasi, kami teruja untuk mengetuai usaha anjakan elektrifikasi di Malaysia, dibantu dengan sokongan daripada pelanggan, wakil pengedar dan rakan kongsi.

"Pencapaian ini mengiktiraf kedudukan kami, bukan sahaja dalam segmen EV premium tapi juga seluruh ekosistem EV di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran House of Forwardism di ibu negara, pagi tadi.


Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-28.jpg


Bercakap mengenai kebimbangan dan jarak operasi serta soal pengecasan yang sering kali diluahkan kebanyakan bakal pemilik EV di Malaysia, beliau berkata, pihaknya menyedari isu berkenaan.

Untuk itu, pihaknya memperkembangan usaha sama strategik dengan pembekal penyelesaian tenaga bersih, Gentari melalui anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd.

Ia bertujuan untuk  memudahkan dan meluaskan akses pengecasan EV.

Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-24.jpg

"Kami teruja untuk mempersembahkan konsep kenderaan pengecas mudah alih ini yang telah kami rungkaikan pada awal tahun lagi, kini bersama Gentari.

"Usaha sama yang kami jalin bersama pemain utama seperti mereka menekankan kepercayaan kami bahawa kolaborasi yang mencakupi seluruh industri adalah penting bagi memacu transformasi ke arah Alaf Elektrik Baharu.

"Kami berharap untuk memberikan inspirasi kepada lebih ramai pemain dalam arena ini untuk meningkatkan komitmen mereka ke atas pengelektrifikasian, justeru memperkayakan lagi ekosistem EV tempatan secara kolektif. Kerjasama ini akan direalisasikan menjelang penghujung tahun ini," katanya.

Di sebalik meraikan kejayaan itu, BMW Group Malaysia juga sudah berkolaborasi dengan pembekal solusi pengecasan tempatan, ChargEV di samping JomCharge & Gentari untuk menawarkan pakej-pakej pengecasan tanpa had yang eksklusif bagi para pemilik EV BMW dan MINI di Malaysia. 

Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember ini, 200 pemilik EV BMW dan MINI terawal yang membuat pendaftaran akan masing-masing dapat membeli pakej-pakej berkenaan pada harga RM2,400 dan RM1,800 daripada mana-mana pembekal solusi pengecasan tersebut.

Pakej ini menawarkan pengecasan tanpa had di semua fasiliti ChargEV atau JomCharge & Gentari di seluruh negara selama 12 bulan setelah diaktifkan dan hanya boleh digunakan bagi kenderaan elektrik yang didaftarkan.

Untuk makluman anda, usaha sama strategik BMW Group Malaysia dengan para pembekal solusi pengecasan tempatan yang utama, selain jaringan wakil pengedar dan premis-premis rakan di serata negara, pengeluar kenderaan premium ini telah berjaya menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan buat para pemilik EV di Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.