Hello smart App Dilancarkan, Segala Akses EV smart Di Hujung Jari!
-full_normal.jpg)
Bagi menyemarakkan lagi keterujaan pasaran bagi kenderaan elektrik smart #1 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, smart Malaysia telah memperkenalkan Hello smart App, sebuah aplikasi yang membawa kemudahan digital dan pengalaman premium kepada pelanggan.
-full_normal.jpg)
Aplikasi inovatif ini memberikan para pelanggan akses kepada pelbagai informasi dan perkhidmatan penting berkaitan EV smart. Direka agar mesra pengguna, di dalam aplikasi ini terdapat empat tab yang disusun dengan teliti.
FUNGSI SETIAP TAB DI DALAM HELLO SMART APP
Tab 'Discover' menawarkan akses kepada ciri berikut:
- Berita terkini
- Maklumat produk
- Komuniti smart


Tab 'Vehicle' menawarkan akses kepada ciri berikut:
- Pilihan untuk memperibadikan kenderaan
- Pengiraan bayaran bulanan
- Permohonan pinjaman
- Tempahan
- Info masa nyata: Status bateri, status pengecasan, jarak memandu, dan pengesan lokasi kenderaan
- Kawalan jarak jauh: Pendingin hawa, pintu, tingkap
- Penjadualan masa pengecasan


Tab 'e-Mall' menawarkan akses kepada ciri berikut:
- Kedai maya untuk produk rasmi smart dan aksesori
- Peluang mata ganjaran setia
Tab 'Profile' menawarkan pilihan pengesahan peribadi.
CIRI UNIK YANG DITAWARKAN DALAM HELLO SMART APP
Berikut adalah ciri unik yang ditawarkan buat pertama kalinya dalam pasaran EV di Malaysia:-
Peta Pengecasan Atas Talian & Sistem Navigasi: Aplikasi Hello smart membolehkan pengguna mencari stesen pengecasan, melihat status penggunaan, dan membuat pembayaran secara langsung. Dengan integrasi 70% stesen pengecasan awam, pengguna tidak lagi perlu menggunakan pelbagai aplikasi yang berbeza.


Permohonan Tempahan & Pinjaman Pembiayaan Kenderaan: Memudahkan proses pemilikan EV tanpa perlu melalui prosedur manual.
‘One-Stop Service Home Charging Solution’: Memudahkan proses pembelian, dan penjadualan temu janji untuk pemasangan alat pengecasan EV di rumah, smartCharge.
-full_normal.webp)
Komuniti smart: Pengguna Hello smart App boleh berhubung dan berkongsi pengalaman dengan peminat smart lain. Pengguna juga boleh menerima mata ganjaran apabila menjemput rakan-rakan untuk membeli kereta smart, dan mata ganjaran ini boleh digunakan untuk pembelian produk rasmi, aksesori, dan penyelesaian pengecasan bateri EV melalui e-Mall.
MUAT TURUN APLIKASI SEKARANG
Aplikasi Hello smart App boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery. smart Malaysia bakal menyediakan lebih banyak lagi ciri menarik dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web smart Malaysia di https://my.smart.com/#/connectivity.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat