Honda Bikin Panas JMS, Bawa Masuk Semua EV Pelik!

Walaupun rakyat Malaysia masih teruja dengan pelancaran Honda Civic Type R FL5 di ibu negara, pagi tadi, namun lain pula buat peminat Honda di Jepun dan seluruh negara.
Ini kerana menjelang ketibaan 2023 Japan Mobility Show (JMS), Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan mempamerkan pelbagai model EV konsep baharu bermula daripada kenderaan dua roda sehinggalah kereta sport.
Acara itu akan berlangsung bermula dari 25 Oktober hingga 5 November 2023.


Barisan Honda di JMS tahun ini akan diketuai oleh model Specialty Sports Concept.
Malangnya, Honda tidak mengeluarkan sebarang imej penggoda bagi imej render model konsep sporty baharu ini.
Sebaliknya, apa yang kami tahu mengenainya ialah ia membawa rangkaian kuasa elektrik.
Setakat ini, Honda hanya berkias dengan menggambarkan konsep baharu EV ini, menjanjikan bahawa "pemanduannya menggembirakan dan menampilkan dan keperibadian tersendiri model ini yang membolehkan orang ramai mengatasi kehidupan seharian mereka,”.
Ujar syarikat itu, buat masa ini, pihaknya cuma menunggu masa yang sesuai sehingga pelancaran rasminya pada Oktober nanti.

Mengenai pendedahan model Honda, antara yang akan dipamerkan ialan Honda Sustaina-C Concept EV yang kompak.
Ia kelihatan agak kecil berbanding Honda e EV. Apa yang cukup unik ialah kerangka badannya agak ringan kerana ia diperbuat daripada resin akrilik yang boleh dikitar semula dan digunakan semula untuk tujuan lain.
Sama seperti konsep EV yang sporty, tiada butiran mengenai rangkaian kuasanya didedahkan buat masa ini.
Selain itu, turut didedahkan ialah honda CI-MEV yang didatangkan dengan dua tempat duduk yang agak padat.


Pembinaan model itu sebenarnya bertujuan untuk mengadakan perjalanan di kawasan banda. Difahamkan, CI-MEV ini dilengkapi dengan teknologi pemanduan automatic.
Pendek kata, sesuai sangat kalau nak ke pasar, tempat kerja atau hantar anak ke sekolah.
Honda juga akan menampilkan skuternya yang dikenali sebagai Honda Pocket Concept yang sememangnya sesuai jika anda mahu melakukan aktiviti lasak.

Namun skuter ini lebih kecil berbanding dengan skuter elektrik yang boleh lipat, Honda MotoCompacto.
Antara kenderaan dua roda yang akan dipamerkan e-skuter, Honda SC e: Concept.
Ia turut menggunakan bateri boleh tukar Pek Kuasa Mudah Alih Honda yang sama seperti digunakan pada skuter Benly e.

Tidak seperti e-skuter komersial mereka yang lain, SC e: Concept disediakan untuk kegunaan peribadi, menampilkan susun atur dua tempat duduk seperti mana-mana skuter berkuasa petrol.

Turut membuat penampilan sulungnya ialah Prototaip Prolog Honda. Ia akan dilancarkan apda tahun 2024 untuk pasaran Amerika.
Untuk makluman, Prolog menggunakan pek bateri Ultium proprietari GM yang turut digunakan pada beberapa EV GM seperti Chevrolet Blazer.
Apapun teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JMS pada akhir Oktober nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7931
SELANGOR
BSR5459
JOHOR
JA1389J
PULAU PINANG
PSD7196
PERAK
APJ7713
PAHANG
CFH1450
KEDAH
KGH325
NEGERI SEMBILAN
NEK8946
KOTA KINABALU
SJT452
KUCHING
QAB1851P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja
Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.
31-12-2025
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!
Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.
30-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan
Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.
17-06-2025
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.
21-05-2025
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan
MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion
19-05-2025
GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K
Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.
17-04-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat