Imej Render Proton Hyluq Tersebar

Artis render Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle kembali menyiarkan beberapa imej terbaharunya iaitu Proton Hyluq.
Tetapi jangan keliru dengan nama Toyota Hilux, Hyluq sebenarnya mengambil nama daripada hailak iaitu nama sinonim untuk trak pikap.
Sebaliknya Hyluq tidak berdasarkan model trak pikap Toyota kerana Theottle menggunakan sampel Mazda BT50 sebagai imej rendernya manakala reka bentuknya pula diambil daripada Proton X90.
Hakikatnya, Proton Hyluq kelihatan tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan model siri X Proton memandangkan ia bercirikan gril berbentuk berlian yang sama dengan X90 selain rekaan bampar hadapan yang sporty.
Selain bahagian hadapan, ia sebenarnya agak serupa dengan BT50, di mana ia menggunakan lengkungan roda yang menonjol.

Menjengah bahagian belakangnya pula, tertera perkataan PROTON di pintu tailgate dan diapit dengan sepasang lampu yang mana ia diubah suai sedikit daripada lampu asal BT50.
Menyentuh mengenai PROTON, nampaknya sudah lama pengeluar kereta nasional, PROTON tidak mengeluarkan model trak pikap seperti sebelum ini iaitu Proton Arena Ute namun malangnya ia kurang laris di Malaysia.


Bagi rakan kongsi strategik Proton, Geely, ia tidak menawarkan sebarang model trak pikap yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam barisannya, namun X90 menjadi salah satu model ICE terbesar setakat ini.
Dikenali sebagai sebagai Geely Radar RD6, trak pikap serba elektrik ini menyokong platform SEA dan ia dipasang dengan pek bateri dengan kapasiti sehingga 100-kWj.

Sama ada satu persediaan motor elektrik pacuan roda belakang (RWD) atau konfigurasi pacuan semua roda (AWD), Radar RD6 menawarkan perjalanan sejauh 600 kilometer dengan hanya sekali cas.
Ia dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 268 hp.
Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada Proton memutuskan untuk menggunakan imej render Theottle untuk membangunkan model trak pikap baharu mereka, atau menjenamakan semula Radar RD6.
Apa yang pasti, ramai yang sudah menanti untuk melihat pesaing trak pikap tempatan kerana kita sudah jenuh melihat jenama asing di pasaran sejak sekian lama.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat