Ini Dia Imej Teaser Model EV Baharu Toyota

Toyota ada menyiarkan video pendek mengenai model crossover EV terbaharunya di laman X dan laman web rasminya baru-baru ini.
Berdasarkan video teaser itu, bahagian belakang crossover itu nampak macam konsep bZ Compact SUV yang pernah diperkenalkan pada tahun 2022
Ia juga dilihat menggunakan lencana berwarna biru iaitu sama seperti Prius Hibrid.
Biarpun, Toyota masih belum mendedahkan nama tepat pada model EV baharu ini, namun ada desas-desus mengatakan ia mungkin dinamakan sebagai bZ3X (hanya di China).


Kenyataan itu dilihat berasas memandangkan kompak bZ Compact SUV ini merujuk kepada model produksi EV yang diposisikan bawah Toyota bZ4X, iaitu EV pertama Toyota.
Digayakan secara agresif oleh studio Toyota ED2 di Perancis, konsep SUV kompak bZ ini mempunyai persamaan yang hampir sama dengan crossover sporty Toyota C-HR generasi kedua.

Begitupun, bahagian dalam konsep EV menampilkan reka bentuk kabin yang kelihatan sangat futuristik namun kami tidak pasti 100% sama ada versi pengeluarannya akan membawa kepada susun atur kabin ini atau sebaliknya,
Malah,sehingga berita ini ditulis, Toyota masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai spesifikasi trenkuasa model EV baharu ini.
Untuk makluman, versi pacuan semua roda (AWD) dwi-motor dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 214 hp (160 kW) dan menawarkan perjalanan sejauh 406 km dengan hanya sekali cas.

Difahamkan, ia akan membuat penampilan sulungnya pada tahun 2026 dan ia akan menggantikan SUV RZ EV semasa.
Apa yang penting, konsep EV modular ini juga akan menggunakan teknologi bateri EV terbaharu Toyota, dimana model EV itu nanti mampu bergerak sejauh 800 km dengan hanya sekali cas.
Selain itu, pek bateri litium-ion ini juga dikatakan lebih murah untuk dihasilkan, dimana Toyota menganggarkan pek bateri itu kira-kira 20% lebih murah daripada pek bateri semasa yang digunakan pada bZ4X.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
2 Kereta Konsep Toyota Ditayang! Nampak Lain Semacam
Toyota bawa masuk dua kereta konsepnya pada Auto Shanghai 2023.
21-04-2023
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat