Isuzu D-Max Elektrik Bakal Tembusi Pasaran Tak Lama Lagi

Sebelum ini, ada khabar angin menyatakan bahawa ketibaan trak pikap Isuzu D-Max versi elektrik di pasaran bakal menjadi realiti.
Bagaimanapun, pembuat trak pikap Jepun itu mengesahkan dengan paparan tajuk Drive.com.au yang menyatakan D-Max versi elektrik akan "dibawa" tidak lama lagi.
Namun laporan sama juga menyatakan bahawa pelancaran versi elektrik D-Max akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

D-Max elektrik itu berkemungkinan besar akan dinamakan sebagai “E-Max” dan akan membuat penampilan sulungnya di Norway pada tahun 2025.
Syarikat Jepun itu juga ada menyatakan keputusan untuk membangunkan trak pikap elektrik adalah seiring dengan status pasaran tersebut sebagai peneraju dunia dalam jualan kenderaan elektrik (EV).
Selepas Norway, Isuzu mahu memperkenalkan D-Max elektrik itu di Thailand dan kemudian ke Australia atau negara ASEAN lain.
Biarpun, Isuzu masih belum mengesahkan mengenai pemasaran versi elektrik di Australia dan negara ASEAN, sebaliknya menyatakan bahawa ia akan memantau dan menilai penerimaan BEV 4x4 yang lain seperti mana dilancarkan oleh pesaingnya.

Ketika ini, Isuzu telah menggunakan kuasa elektrik dalam rangkaian trak komersial ELF yang dikenali sebagai N-Series.
Ini termasuk untuk varian standard yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 201 hp dan 370Nm.
Memandangkan kedua-dua D-Max dan MU-X berkongsi enjin turbo-diesel berkapasiti 3.0 liter 4-silinder maka, Isuzu boleh menyesuaikan rangkaian kuasa EV ELF dalam kedua-dua tawaran 4x4.


Buat permulaan, Isuzu akan menawarkan D-Max dan MU-X elektrik dalam varian pacuan roda belakang (RWD).
Ia juga berkemungkinan akan mengekalkan transmisi jarak rendah D-Max dan pacuan empat roda ( 4x4) sebaik lebih banyak varian ditambah dari semasa ke semasa.
Di sebalik rancangan untuk beralih daripada diesel kepada kuasa elektrik secara penuh, Isuzu juga memberitahu kepada Drive.com.au bahawa ia juga sedang meneroka alternatif lain secara aktif.
Ia termasuk hibrid-elektrik (HEV), hibrid plug-in (PHEV), serta pilihan sel bahan api hidrogen (FCV).

Biarpun tiada sebarang tarikh dimaklumkan, D-Max elektrik akan didedahkan pada separuh kedua tahun 2024 menjelang penampilan sulungnya pada 2025 nanti.
Dengan adanya D-Max versi elektrik ini nanti, Isuzu boleh berada di belakang pesaing utama dalam ruang pasaran ini.
Malah, pesaing Isuzu, Mitsubishi juga dikhabarkan akan membangunkan trak pikap EV sendiri akan ditayangkan secara rasmi pada akhir tahun ini.
Selain itu, saingan lain seperti Ford dan Toyota sudah pun meneroka elektrifikasi melalui teknologi trenkuasa hibrid.

Pendek kata, tunggu 12 bulan lagi untuk mengetahui beberapa perkembangan menarik mengenai trak pikap bersaiz sederhana elektrik.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM
Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).
02-05-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20
Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.
14-01-2025
Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli
Kejayaan Isuzu D-Max itu turut dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.
10-10-2024
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat