Jangan Lalu Jalan Ini Pada 27 & 30 September Nanti - LTdL 2023

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor telah mengumumkan pelaksanaan penutupan dan lencongan beberapa laluan secara berperingkat sempena acara berbasikal peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi 2023, yang bakal diadakan bermula 23 September ini.

Laluan di Selangor akan terlibat dalam dua peringkat perlumbaan iaitu peringkat ke-5 dan ke-8. Peringkat ke-5 dijadualkan berlangsung pada 27 September merangkumi laluan sejauh 87.5 kilometer. Perlumbaan akan bermula di Behrang Station pada jam 10 pagi.


Laluan peringkat ke-5 Le Tour de Langkawi 2023
Laluan yang terlibat adalah termasuk Proton City, Kampung Kerliang, Kerling, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Serendah, Rawang bypass, Jalan Batu Caves (MRR2), Jalan Gombak Lama, sebelum berakhir di Genting Sempah.


Laluan peringkat ke-8 Le Tour de Langkawi 2023
Sementara itu, peringkat ke-8 pula akan diadakan pada 30 September bermula di Setia City Convention Centre (SCCC) ke arah KLCC. Pelepasan akan bermula pada pukul 12 tengahari membabitkan laluan dari SCCC, Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Jalan Bukit Cerakah, Meru, Kapar dan Jeram.
Acara ini juga akan merentasi Sg. Buloh, Assam Jawa, Kuala Selangor, Jalan Bukit Belimbing, Jalan Raja Musa, Jalan Rawang, Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya, Kampung Sungai Perlong, Paya Jaras, Jalan Kuala Selangor, MRR2 dan Jalan Ampang.
JSPT Selangor mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan sebaiknya dan sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh anggota polis yang sedang menjalankan bertugas.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Penutupan Jalan Di Sekitar PJ Sempena PJ Half Marathon & Festival Folklore
Notis penutupan jalan di sekitar Petaling Jaya. Rancang perjalanan anda.
22-09-2023
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat