Kereta Sedap, Maka Harga Naik Tapi Ada Sebabnya

Lotus Cars Malaysia mengumumkan pihaknya baru sahaja mengemaskini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan kereta sports Emira.
Perubahan harga itu adalah berikutan perkembangan pertukaran ringgit berbanding mata wang asing utama sejak beberapa bulan lalu.

Berikut adalah harga baharu:
- Eletre S - RM698,000 (Naik RM50,000)
- Eletre R - RM838,000 (Naik RM40,000)

Harga Eletre yang disenaraikan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia dan Langkawi namun harga baharu untuk varian asas Eletre akan diumumkan nanti memandangkan ia tidak ditawarkan sehingga sekurang- kurangnya pada tahun 2025.
Sementara itu, harga baharu untuk Lotus Emira adalah:
• Emira i4 First Edition - RM1,095,000
• Emira V6 First Edition Manual - RM1,289,000
• Emira V6 First Edition Auto - RM1,309,000

Untuk makluman anda, harga jualanLotus Emira i4 First Edition sebenarnya sudah berkuatkuasa bermula 1 September lalu untuk semua tempahan baharu.
Difahamkan, unit terhad dengan harga pengenalan RM998,800 adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat
Jadi, bagi yang mereka yang berminat untuk melihat secara dekat kedua-dua model ini boleh mengunjungi Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 30 September 2023.
Di sana, terdapat Eletre S berwarna kuning (Solar Yellow) dan Emira V6 berwarna merah (Magma Red) ada dipamerkan. Gayaan luaran dan dalaman Emira i4 adalah sama seperti varian V6.
Bermula 1 Oktober 2023, Lotus Store di Pavilion Kuala Lumpur tidak lagi beroperasi. Namun, para pelanggan dan peminat kereta Lotus boleh mengunjungi bilik pameran Lotus di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melihat model berkenaan.
Bilik pameran di Bukit Jelutong dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi-4 petang pada Sabtu dan Ahad.
Untuk maklumat lanjut mengenai Lotus, sila layari laman web www.lotuscars.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge