Mini EV Klasik, Harga Lebih Setengah Juta

Firma terkenal membuat badan kereta penumpang di United Kingdom, David Brown baru sahaja mendedahkan rekaan terbaharunya berdasarkan Mini klasik.
Dikenali sebagai Mini eMastered, jentera comel itu telah diubah suai dengan trenkuasa elektrik selain menambahbaik beberapa ciri yang lebih moden dan mewah.
Bagi memastikan, pengendalian ikon klasik itu sama dengan yang asal, maka Brown memilih untuk menukar enjin petrol kepada elektrik.


Hasilnya, kereta ikon itu seolah-olah dilahirkan semula dengan mengekalkan berat 640 kilogram yang sama dengan model asalnya yang menggunakan enjin petrol.
Pendek kata, Mini eMastered ini menawarkan prestasi yang serupa dengan model asalnya.
Difahamkan ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 18.8kWh dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 97 hp dan 175Nm sekali gus ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.5 saat.
Bagaimanapun, kelajuan maksimumnya adalah 148 km/j.

Biarpun, kadar pek baterinya adalah rendah namun ia mampu melakukan pergerakan sejauh 177 kilometer dengan hanya sekali cas.
Menyentuh mengenai pengecasan, bagi pengecasan AC dari kotak dinding, ia mengambil masa kira-kira tiga jam untuk baterinya penuh.
Apapun, firma itu mengakui terdapat cabaran untuk mengekalkan model ikonik ini.
“Memang ada cabaran besar untuk menukar model ikonik ini dari enjin petrol ke elektrik.
“Ia bukan mudah kerana kami perlu mengekalkan tahap kebolehpercayaan, prestasi dan kualiti yang tinggi seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan kami,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran David Brown, Michelle Gay.


Menjengah bahagian kabinnya, firma itu dilihat telah mengubah kabin asas klasik ini kepada ciri-ciri kabin yang cukup mewah.
Ia menampilkan tempat duduk kulit berwarna keperangan, suis dan butang aluminium yang ditempah khas, terdapat paparan infotainmen Pioneer moden yang menawarkan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Namun ada juga sentuhan klasik dikekalkan seperti stereng tiga jejari berbingkai kayu, serta dail paparan instrumen bulat yang besar.



Daripada imej-imej yang dipaparkan, kita dapat melihat bahawa kualiti bahan yang digunakan untuk membentuk kabin dan hiasannya sememangnya sangat mewah.
Selain itu, bahagian luarannya juga dikemaskini dengan gril hadapan yang dipadankan dengan warna serta bumbung berwarna oren.

Perubahan ketara lain termasuk suis kepada lampu LED moden serta ia dilihat menggunakan rim aloi ringan.
Hakikatnya, ia dibayangi dengan restomod' retro moden yang terkenal iaitu 'Porsche 911.
Sudah tentunya bagi mengubah suai model ini dengan rekaan moden dan canggih menelan belanja yang agak tinggi.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia dijual RM724,144.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Selamat Tinggal MINI Clubman, Pengeluaran 55 Tahun Kini Ditamatkan
Kilang MINI di Oxford, UK mencatat satu detik penting baru-baru ini dengan penghasilan unit MINI Clubman terakhir.
07-02-2024
Hari Bersejarah! BMW Capai Angka Produksi MINI 1 Juta Unit!
Hari bersejarah tercipta buat BMW Group setelah menghasilkan hatchback 3 pintu MINI unit yang ke-satu juta.
18-04-2023
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat