Mitsubishi Triton Hibrid Bakal Tiba, Disusuli PHEV & BEV

Mitsubishi Triton generasi terkini dijangka bakal ditawarkan dalam versi elektrik hibrid (HEV) dan hibrid plug-in (PHEV) serta versi elektrik sepenuhnya (BEV) tidak lama lagi
Portal permotoran Australia, CarExpert.com.au melaporkan bahawa Mitsubishi Triton mungkin akan ditawarkan dalam versi hibrid tidak lama lagi, sebelum diikuti oleh versi elektrik bateri (BEV).
"Kami sedang mengkaji kedua-dua bateri EV dan HEV [kenderaan elektrik hibrid], untuk masa hadapan," kata Ketua Jurutera dan Strategi Produk Global Mitsubishi, Hiroshi Nagaoka, kepada media Australia.
Tambah beliau, syarikat itu kini sedang melalui fasa kemajuan aspek kejuruteraan dalam pembangunan trenkuasa. Namun, beliau turut menyatakan bahawa Mitsubishi belum membuat keputusan mengenai teknologi yang perlu dibangunkan dalam jangka masa terdekat, dan masih meneroka semua kemungkinan. Sebelum ini, Mitsubishi telah mengesahkan rancangan untuk membina trak pikap elektrik sepenuhnya, yang dijangka akan mula diperkenalkan dalam lima tahun lagi.

Dilancarkan pada bulan Julai tahun ini, kerangka Triton generasi direka khas supaya boleh disesuaikan dengan trenkuasa elektrik
"Kami berpendapat trak pikap BEV akan diperlukan di masa hadapan, namun yang menjadi persoalan adalah masa: bila kami patut memperkenalkan BEV? Dan sebelum BEV, kami juga perlu mempertimbangkan kenderaan elektrik jenis lain, seperti hibrid dan PHEV,” ujar Nagaoka.
Melalui penjelasan yang diberikan, kita mungkin boleh menjangkakan bahawa versi hibrid (HEV) Triton akan tiba di pasaran lebih awal berbanding trenkuasa lain, dan Mitsubishi masih mempertimbangkan sama ada untuk beralih sepenuhnya kepada elektrik atau PHEV sebagai langkah seterusnya.
"Kemungkinan besar kami akan bermula dengan HEV dahulu, sebelum mempertimbangkan penaiktarafan [trenkuasa] bateri, PHEV atau EV bateri," tambah Nagaoka.
Beliau juga memaklumkan bahawa sekiranya keputusan untuk menghasilkan versi HEV dibuat, kerangka Triton yang sama masih boleh digunakan, menjadikannya langkah penyelesaian jangka pendek yang terbaik.

Versi hibrid (HEV) merupakan langkah jangka pendek Mitsubishi dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan karbon
Bagaimanapun, beliau turut menjelaskan, sekiranya trak menggunakan trenkuasa PHEV atau BEV, usaha penstrukturan semula platform yang lebih menyeluruh perlu dilakukan.
Selain itu, perkembangan dalam teknologi bateri membolehkan Mitsubishi memasang bateri berkapasiti tinggi ke dalam rangka Triton semasa. "Teknologi bateri akan menjadi bertambah baik, membolehkan kami menggunakan bateri yang lebih efisien pada trak versi hibrid plug-in,” tambahnya.
Trak dengan teknologi elektrik yang dihasilkan nanti, akan menjadi pesaing kepada Ford Ranger versi PHEV yang telah didedahkan baru-baru ini dan juga Cannon dengan trenkuasa HEV oleh GWM yang telah mula dipasarkan.

Jenama lain yang juga dikhabarkan sedang membangunkan trak EV ialah Isuzu. Syarikat Jepun itu dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan D-Max dan MU-X dalam versi EV yang menggunakan bateri dan sistem motor yang diambil daripada trak komersial N Series (ELF).
Pesaing lain, Toyota pula baru-baru ini telah membangunkan prototaip elektrik sepenuhnya untuk model Hilux, serta satu yang dikuasakan oleh hidrogen.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama
Trak pikap 4x4 elektrik JAC T9 EV yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini, telah mencipta sejarah setelah menerima pengiktirafan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBR).
29-06-2025
Chery Umum Kebangkitan Jenama Rely, Fokus Trak Pikap
Pengeluar automotif China, Chery, yang terkenal dengan rangkaian subjenama seperti Jaecoo dan Jetour, kini menghidupkan semula subjenama, Rely.
21-04-2025
Ford Ranger Super Duty Diperkenalkan – Tundaan Cecah 4,500 KG, Tangki 130L!
Ford Australia baru sahaja memperkenalkan Ford Ranger Super Duty yang dibangunkan dengan kemampuan untuk melakukan tugasan berat.
08-04-2025
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20
Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.
14-01-2025
Mitsubishi Triton Generasi Ke-3 Kini Boleh Ditempah – 5 Varian, Dari RM102K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk trak Mitsubishi Triton generasi ketiga kini telah dibuka secara rasmi.
01-10-2024
[LAPORAN] Chery Bangunkan Trak Pikap Sederhana, Mungkin Begini Rekaannya...
Chery dikhabarkan sedang berusaha untuk membangunkan trak pikap bersaiz sederhana. Ini kupasannya...
30-01-2024
Mitsubishi Triton Gen Ke-3 Trak Pikap Paling Selamat! Terima ASEAN NCAP 5 Bintang
Mitsubishi Triton generasi ketiga ini khabarnya telah menerima banyak pujian, dan ini sebab yang terbaru...
06-12-2023
[PANDU UJI] Hilux GR Sport: Trak Sporty Dengan Suspensi Padu
Ini ulasan jujur kami mengenai Hilux GR Sport.
23-07-2023
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge