myAudiWorld Tingkat Pengalaman Pemilikan Audi

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) buat julung kalinya memperkenalkan aplikasi mudah alihnya, “myAudiWorld”, buat para pemilik kereta Audi di negara ini.
Aplikasi myAudiWorld menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan kini lebih mudahn dan ia sebenarnya direka khas demi keperluan pemilik Audi.

Aplikasi myAudiWorld itu menawarkan akses mudah terhadap pelbagai ciri daripada membuat temu janji servis, mendapat tawaran serta promosi terkini sehinggalah mencari lokasi Pusat Servis Audi terdekat.

Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata, pengenalan aplikasi tersebut membuatkan para pengguna kini boleh mengawal pengalaman pemilikan dan pemanduan kereta Audi dengan lebih baik.

“Selain untuk kenderaan yang lebih baharu, aplikasi myAudiWorld berusaha untuk menawarkan penjagaan luar biasa kepada kereta Audi yang berusia lima tahun dan ke atas, termasuklah model yang diimport secara parallel.
“Dengan pakej-pakej penjagaan eksklusif seperti Audi Plus (yang hadir dengan bantuan tepi jalan) dan pakej Repair, kami ingin memberi ketenangan minda kepada para pelanggan yang dihargai sekali gus memastikan kereta mereka mendapat perhatian sepenuhnya dan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.




Ciri-ciri pada aplikasi myAudiWorldApp termasuklah:
Membuat Temu Janji Servis
Pelanggan boleh menjadual temu janji servis di mana-mana pusat servis Audi yang mereka inginkan, jimat masa dan tenaga.
Tawaran Eksklusif
Terima tawaran yang direka khas berdasarkan kepada minat dan sejarah kenderaan pelanggan.
Tebus baucar secara terus melalui aplikasi serta nikmati promosi eksklusif ke atas pelbagai perkhidmatan dan aksesori Audi.
Lokasi Pengedar
Mudah untuk mecari lokasi Audi Centre terdekat untuk keperluan jualan atau selepas jualan.
Lokasi Pengecasan EV
Memastikan para pemilik EV Audi sentiasa terhubung dengan kemudahakan pengecasan, seterusnya meningkatkan pengalaman memandu kereta elektrik.
Peringatan Servis
Aplikasi ini mempunyai peringatan servis dalam bentuk notifikasi bagi memastikan pelanggan tidak terlupa dengan penyelenggaraan kenderaan yang telah dijadualkan.
Bantuan Kecemasan
Akses mudah dan pantas ke atas bantuan kecemasan 24 jam dengan talian bantuan khas bagi memastikan sokongan segera serta ketenangan minda ketika berada di atas jalan raya.
Berita dan Kemas Kini
Berita terkini, pelancaran, perkembangan menarik dan kemas kini daripada Audi Malaysia.
Aplikasi myAudiWorld kini sudah boleh dimuat turun ke peranti Android, Huawei dan iOS.

Untuk keterangan lanjut, layari Audi Malaysia www.audi.com.my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat