Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.

Porsche Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka tempahan untuk model facelift 2024 untuk SUV Porsche Cayenne.
Ia yang dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga bermula dari RM599.999.
Difahamkan, semua model CKD yang ditawarkan ini didatangkan dengan pakej standard, Sport Chrono.


Menjengah bahagian luarannya, ia dilengkapi dengan lampu hadapan LED matrix manakala hud hadapannya dilihat telah direka semula manakala fender hadapan kelihatan terangkat sedikit.
Di bahagian belakang, model baharu ini memperoleh reka bentuk lampu belakang LED baharu dengan lampu bar penuh, manakala aksen bampar belakang telah diubah suai dengan nombor platnya dipasang agak rendah.
Ia didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Chromite Black Metallic, Carrara White Metallic dan Quarzite Grey Metallic.
Model facelift CKD ini juga menawarkan aksesori Tequipment termasuk rim rekaan baharu bersaiz 20 inci,rim Cayenne Exclusive Design berukuran 21 inci dan rim Sport Design 22 inci.

Malah, Porsche Cayenne 2024 juga dikhabarkan mendapat kemas kini gizmo untuk sistem pemanduannya.
Ini termasuk sistem peredam Pengurusan Suspensi Aktif Porsche baharu untuk suspensi udara penyesuaian untuk dua injap baharunya, Power Steering Plus, Bantuan Parkir Depan dan Belakang dengan kamera pandangan sekeliling, serta terdapat penambahan fungsi Kawalan Jelajah Adaptif.
Menjengah bahagian kabinnya pula, ia dilengkapi dengan instrumen digital 12.6 inci pada bahgaian pemandu, manakala bahagian tengah pula dilengkapi dengan paparan infotainmen standard 12.3 inci


Sementara itu, tempat duduk hadapannya boleh dilaraskan secara 14-hala bersama fungsi memori dan terdapat logo Porsche yang dicetak pada perehat kepala.
Model ini juga menerima pelindung matahari kawalan elektrik untuk tingkap belakang, pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W dan juga sistem bunyi surround dari Bose.

Mengenai trenkuasanya pula, ia disumbat dengan enjin petrol v6 3.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setakat 353 PS dan tork 500Nm.
Jika anda berminat untuk membeli jentera mewah ini, anda boleh membuat tempahan menerusi platform digital baharu mycayenne.online.

Apa yang cukup menarik ialah 250 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menerima kunci dalam warna yang sama dengan warna luaran.
Dikhabarkan, penghantaran hanya akan bermula menjelang akhir tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!
Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!
20-11-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
Porsche Cayenne Versi EV Sedang Dibangunkan, Model ICE Kekal, Enjin V8 Akan Diperbaik
Porsche kini sedang membangunkan model generasi baharu bagi menggantikan Cayenne generasi ketiga.
26-07-2024
Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand
Sime Darby Berhad (Sime Darby) hari ini mengumumkan peluasan barisan pemasangan tempatan (CKD) untuk model Porsche Cayenne di kilang Inokom.
24-07-2024
Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!
Porsche Cayenne yang diproduksi di Kulim, Kedah sudah ada di pasaran.
06-10-2023
Fungsi Kereta Porsche Kini Boleh Dikawal Dengan Apple CarPlay
Porsche mengumumkan kemas kini baharu membabitkan ciri sambungan Apple CarPlay.
18-07-2023
Dah 1,000 Unit Porsche Cayenne Dihasilkan Porsche Malaysia!
Porsche Malaysia mengumumkan penghasilan unit ke-1,000 model Porsche Cayenne yang dipasang tempatan (CKD).
01-06-2023
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
