Pandangan Pertama: EV MINI Cooper & EV MINI Countryman 2024

Ini pandangan pertama hatchback EV MINI Cooper 2024 dan crossover EV MINI Countryman 2024 generasi seterusnya
BMW akhirnya mendedahkan MINI Cooper dan MINI Countryman 2024 versi elektrik (EV) untuk tatapan umum. Kedua-dua model ini telah dipertontonkan secara dalam talian sebelum kemunculan sulungnya yang akan diadakan semasa acara IAA Munich minggu ini.
EV MINI COOPER 2024
Model ikonik versi elektrik ini dikhabarkan bakal ditawarkan dalam dua versi trenkuasa elektrik iaitu - Cooper E dan Cooper SE. Kedua-duanya dilihat mempamerkan reka bentuk terkini MINI seperti lampu hadapan jenis LED yang bulat, gril berbentuk oktagon yang unik, serta lampu belakang yang terbenam.






Gabungan sentuhan klasik dan moden
Seperti yang dapat kita perhatikan daripada foto-foto intipan yang pernah dikongsi sebelum ini, MINI Cooper baharu tidak lagi menggunakan lingkungan roda (wheel arch) berwarna hitam untuk tampil lebih elegan dan minimal.
Selain itu, lampu hadapan kini dengan elemen DRL unik serta dua bar melintang. Ditawarkan sebagai pilihan, lampu DRL ini boleh dihidupkan untuk menghasilkan tiga pencahayaan berbeza, dan kesemua mod ini memiliki animasi “welcome” dan “goodbye.”






Kini, ruang kabin menggunakan upholsteri bercorak pelbagai tekstil. Selain itu, sistem infotainmen kini menggunakan MINI Operating System 9
Bergerak ke bahagian dalam, konsep minimalis seperti di bahagian luar masih dikekalkan. Di bahagian papan pemuka (dashboard), terdapat paparan infotainmen berbentuk bulat yang bersaiz 9.44 inci dengan sistem operasi MINI Operating System 9 dibangunkan syarikat menggunakan Android Open Source Project (AOSP).
Di bawah skrin terdapat bar dengan suis kawalan pelbagai fungsi kenderaan seperti brek parkir, gear, kunci mula/henti, mod pengalaman dan volume.


Ruang kargo kini berkapasiti 200L, sekiranya tempat duduk dilipat, ruang menjadi lebih luas sehingga 800L

Tempat duduk sport disediakan untuk pakej kemasan Essential dan JCW sahaja
Di belakang, ruang kargo di bahagian but menawarkan saiz ruang simpanan yang lebih praktikal dengan kapasiti 200L, namun sekiranya tempat duduk dilipat dengan nisbah 60:40, kapasiti bertambah sehingga 800L.
Empat pakej kemasan ditawarkan iaitu, Essential, Classic, Favoured, dan John Cooper Works (JCW), kesemuanya dengan ciri khas tersendiri. Antaranya adalah tempat duduk sport dengan jahitan klasik 2D pada permukaan tekstil (Essential), corak houndstooth dua tona pada tekstil panel instrumen (Favoured) dan penggunaan tekstil pelbagai warna bersama kulit sintetik hitam dan jahitan merah (JCW).
Dari segi mekanikal, MINI Cooper menggunakan platform EV Spotlight yang dibangunkan bersama oleh BMW Group dan Great Wall Motor (GWM) China. Model ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 40.7 kWh (E) dan 54.2 kWh (SE) yang dipasang di bahagian bawah atau lantai. Masing-masing menghasilkan 181 hp/290 Nm dan 214 hp/330 Nm untuk menggerakkan roda hadapan.
Masa yang diambil untuk melakukan pecutan 0-100 km/j adalah dalam 7.3 saat (E) dan 6.7 saat (SE). Untuk jarak perjalanannya pula, masing-masing menawarkan angka WLTP sebanyak 305 km dan 402 km. Untuk pengecasan, kedua-dua model menerima input AC 11 kW, serta input pengecasan pantas DC sebanyak 75 kW (E) dan 95 kW (SE).
EV MINI COUNTRYMAN 2024
Model SUV crossover MINI Countryman EV yang baru tampil lebih besar daripada model semasa, dengan ukuran yang 130 mm lebih panjang serta 60 mm lebih tinggi. Seperti kembar hatchbacknya, ia didatangkan dalam dua versi trenkuasa elektrik - Countryman E dan Countryman SE ALL4.






Pelbagai ciri baharu diberikan di bahagian luar termasuk gril depan, lampu depan dan belakang LED multi-mode dll.
Dari segi reka bentuk, Countryman baru menampilkan konsep rekaan minimalis yang sama seperti Cooper. Terdapat grill hadapan berbentuk oktagon baharu, lampu hadapan dan belakang jenis LED, reka bentuk tiang C baru yang lebih menonjol dan rim 20 inci.






Pelbagai elemen rekaan sama yang terdapat pada Cooper turut digunakan pada Countryman 2024 seperti skrin infotainmen 9.44 inci
Di bahagian kabin, rekaannya ringkas dan sedap dipandang mata. Di tengah terdapat modul paparan bulat bersaiz 9.44 inci yang sama seperti Cooper dengan sistem operasi MINI Operating System 9 yang disebut sebelum ini.

But berkapasiti 460L boleh diluaskan sehingga 1,450L
Tempat duduk belakang boleh dilaraskan hingga 130 mm untuk meluaskan ruang kaki atau kargo
Kabin ini boleh memuatkan lima penumpang dengan bumbung berkaca panoramik. Tempat duduk belakang boleh dilaraskan sehingga 130 mm untuk meluaskan ruang kaki. Ruang kargo berkapasiti 460L dan boleh diluaskan sehingga 1,450L apabila tempat duduk belakang ditumbangkan.
Sepertimana Cooper, secara keseluruhannya, empat pakej kemasan ditawarkan dengan ciri menarik seperti tempat duduk sport berwarna hitam dalam balutan fabrik pelbagai tona yang bercorak (Essential), stereng tiga jejari (Classic), serta papan pemuka dan kemasan pintu berwarna Dark Petrol (Favoured).

Sebagai pilihan kemasan paling sporty, JCW, diberikan tempat duduk sport khas dengan sokongan lateral yang lebih baik bersama balutan tekstil jahitan pelbagai warna dan kulit faux hitam dengan jahitan merah.
Dari segi mekanikal, Countryman E menggunakan bateri 54 kWh, sementara Countryman SE pula menggunakan pek bateri lebih tinggi, 64 kWh. Kedua-duanya boleh dicas dengan input pengecasan AC 22 kW dan DC sehingga 130 kW.
Countryman E menggunakan motor tunggal di hadapan dan sistem pacuan roda hadapan dengan jarak perjalanan EV sehingga 462 km (WLTP). Model ini menghasilkan output 201 hp/250 Nm dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat.
Sementara itu, SE ALL4 pula menggunakan dua motor dan sistem pacuan semua roda dengan jarak perjalanan EV sehingga 433 km (WLTP). Model ini menghasilkan output 308 hp/494 Nm dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat.
PENGELUARAN COOPER & COUNTRYMAN

Pemasangan kedua-dua model ini akan dimulakan tahun ini. EV MINI Cooper bakal dipasang di negara China, manakala EV MINI Countryman akan dihasilkan di kilang Leipzig, Jerman. Jualan EV MINI ini bakal dimulakan pada tahun 2024.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Harga Rasmi MINI Cooper S & Countryman Diumumkan – Dari RM258,888
MINI Malaysia mengumumkan harga rasmi MINI Cooper S dan juga dua model Countryman generasi ketiga.
12-07-2024
Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?
BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.
24-02-2025
EV Kecil Chery Dari RM51K Ini Boleh Pergi Sejauh 408KM! Little Ant Mini Dilancarkan Di China
EV terbaru, Little Ant Mini telah dilancarkan di pasaran Malaysia.
30-10-2023
Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?
BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.
24-02-2025
[PANDU UJI] Ini 8 Perkara Menarik Tentang MINI Electric Resolute Edition
Penulis berpeluang untuk memandu uji MINI Electric, dan ini 8 perkara menarik tentang kereta kecil ini.
07-01-2024
Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan
Beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.
13-04-2023
EV MINI Cooper 2024 Tanpa Pelekat Samaran Dikesan
Hatchback MINI generasi terbaharu telah dikesan tanpa pelekat samaran
05-04-2023
MINI Electric Resolute Edition 2022 Kini Di Malaysia, Harga Dari RM198K
MINI Malaysia telah memperkenalkan varian baharu, Cooper SE atau MINI Electric dalam edisi istimewa, Resolute Edition.
14-09-2022
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

