Penganjur RXZ Members 5.0 Mohon Maaf

Nampaknya, isu Himpunan RXZ Members 5.0 agak panas memandangkan ada segelintir peserta acara itu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ) mendedahkan pihaknya telah menyita 126 motosikal sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) peringkat negeri Terengganu termasuk peserta Himpunan RX-Z Member 5.0.
Difahamkan, 60,000 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Himpunan RX-Z yang berlangsung berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, pada hujung minggu lalu itu.
Gara-gara tindakan JPJ menyita sejumlah motosikal sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan peserta himpunan berkenaan.


Mengulas lanjut mengenai isu panas itu, Pengarahnya, Zulkarnain Yasin mengakui tidak timbul isu pukat-memukat sempena Himpunan RX-Z Member 5.0.
Kebanyakan motosikal yang disita adalah yang melakukan pelbagai kesalahan modifikasi ke atas kenderaan.
Antaranya:
• Guna ekzos paip.
• Nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
• Tiada langsung nombor pendaftaran.
Lebih teruk ada motosikal yang disita menggunakan nombor casis (body) sudah diganggu dan sekiranya serius, JPJ akan merujuk kes itu ke pihak kimia bagi menentukan kesahihan nombor asalnya.
"Kalau ia membabitkan motosikal yang dilaporkan dicuri, kita akan serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Sekiranya mereka (peserta RX-Z Member 5.0) datang dalam keadaan standard (asal) kita tidak kacau tetapi mereka (segelintir) datang dengan memperlihatkan seolah-olah mencabar undang-undang.
"Terlalu ekstrim, dengan ekzos bising (paip), nombor plat (pendaftaran) tidak mengikut spesifikasi (kecil) atau langsung tiada," katanya pada sidang akhbar.

Menurutnya, apabila nombor pendaftaran kecil atau tiada langsung, mereka mudah melakukan sebarang kesalahan kerana kamera papan pemuka kenderaan yang merekodkan kesalahan tidak dapat dianalisa.
Kebanyakan kesalahan yang direkod papan pemuka kenderaan awam yang dihantar kepada JPJ sukar mengenal pasti pemilik motosikal.
Beliau berkata, ia seolah-olah menunjukkan peserta program berkenaan memperagakan kesalahan dengan nyata kepada pihak penguat kuasa.
Menurutnya, mereka sendiri yang tarik penguat kuasa untuk mengambil tindakan dan perbuatan itu jelas mempunyai niat melanggar undang-undang jalan raya.
"Oleh itu, tiada isu pukat-memukat kepada peserta dan jumlah motosikal yang disita jauh lebih rendah berbanding 40,000 peserta yang hadir.
"Kita memang terbabit dalam mesyuarat bersama penganjur dan meminta mereka mengenakan pematuhan tinggi bagi peserta.
"Untuk kesalahan peserta RXZ Member, kita sita 126 motosikal yang melakukan kesalahan plat kecil, tiada lesen memandu, memandu bawah umur dan motosikal diubahsuai secara ekstrim.
"Kita melaksanakan undang-undang bagi mengurangkan kadar kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan tiada isu yang perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak membabitkan program berkenaan," katanya.
Menurutnya, OKM dijalankan bermula 1 hingga 30 September depan, bagi mengurangkan kadar kematian dalam kalangan penunggang motosikal.
Susulan itu, Penganjur Himpunan RXZ Members 5.0 memohon maaf kepada Kerajaan Terengganu, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan ada segelintir peserta acara itu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.


"Terima kasih kepada semua peserta RXZ Members 5.0 yang datang dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Indonesia, Thailand dan Singapura sehingga berjaya mencipta rekod sendiri dengan kehadiran sehingga lebih 60,000 peserta, kehadiran peserta itu di luar jangkaan kami.

"Atas insiden yang berlaku di luar pemikiran, kami mengambil kesempatan memohon maaf kepada pihak polis dan JPJ kerana tanpa disedari masih ada segelintir yang tidak mengikut lunas undang-undang jalan raya.
"Selama ini, pihak kami telah cuba bertungkus lumus bagi memastikan program kali ini lebih mantap dan lancar memandangkan ini adalah kali kelima ia diadakan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor
RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.
08-09-2026
Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri
Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.
03-05-2025
RXZ Members 6.0 Diteruskan, Ini Tindakan Polis!
Polis meningkatkan sekatan jalan raya (SJR) untuk memastikan peserta mematuhi undang-undang pada sepanjang penganjuran Program RX-Z Members 6.0.
10-09-2024
Barang RXZ Hilang Di IPD, 3 Anggota Polis Ditahan
Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan.
10-08-2024
Tidak Tahu Siapa Yang Mula Kekecohan!
Tindakan pihak berkuasa mengepung kawasan Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu menyebabkan keadaan bertukar kecoh.
12-09-2023
Aidilfitri: 80,000 Kenderaan Dijangka Masuk Terengganu
JPJ Terengganu menjangkakan sekitar 70,000 hingga 80,000 kenderaan akan memasuki negeri itu.
19-03-2025
Lulus Puspakom Dengan Tayar Sewa, JPJ Perhati, Sitaan Menanti
Padah menanti pemilik kenderaan berat yang menyewa tayar semata-mata untuk lulus Puspakom.
02-02-2025
Bas Sekolah Bawa Rombongan Pengantin Ditahan di Terengganu
Pengusaha bas sekolah berani gunakan bas untuk bawa pengantin.
08-07-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

