ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perkhidmatan Bas Lembah Klang Bakal Jadi Lebih Efisien, Integrasi Sistem – Loke

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Integrasi-Bas-Lembah-Klang-1.jpeg


Kementerian Pengangkutan Malaysia akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang untuk meningkatkan integrasi pengangkutan awam di kawasan tersebut. 


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa tindakan ini adalah untuk memastikan ketiga-tiga operator utama, iaitu Rapid Bus, bas percuma GoKL oleh DBKL, dan bas Smart Selangor, beroperasi dengan lebih berkesan.


Integrasi-Bas-Lembah-Klang-3.jpeg


Loke menjelaskan bahawa penyelarasan ini adalah penting untuk mengelakkan pertindihan laluan bas antara operator dan akan meningkatkan mutu dan efisiensi perkhidmatan bas. Tindakan ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam.


Ketika ini, terdapat hanya 724 bas beroperasi di Lembah Klang, yang jauh lebih kecil daripada jumlah yang diperlukan iaitu sekitar 4,000 bas untuk perkhidmatan yang lebih efisien. Rapid Bus berusaha untuk menambah bilangan bas dengan rancangan untuk mempunyai 1,000 buah bas menjelang akhir tahun ini.


Integrasi-Bas-Lembah-Klang-5.jpeg


Sejak operasi lorong bas dilaksanakan Julai lepas, Loke menjelaskan bahawa terdapat peningkatan jumlah penumpang sebanyak 12%, iaitu 14,523 penumpang setiap hari berbanding 12,936 sebelum ini. Masa perjalanan daapt dipendekkan sekitar 20 minit jika dibezakan dengan kenderaan persendirian. 


Namun, Loke turut menyentuh mengenai masalah kereta persendirian yang masih menggunakan lorong bas. Beliau berkata bahawa ini adalah perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.


Pada 3 Julai lepas, DBKL bersama Rapid Bus telah memulakan projek percubaan lorong bas yang membabitkan Laluan 300 (Pandan Indah hingga Lebuh Ampang) dan Laluan 303 (Taman Mulia Jaya hingga Lebuh Ampang) dari jam 6 pagi hingga 9 pagi pada harga bekerja untuk memudahkan komuniti di sekitar Jalan Ampang memasuki pusat bandar raya untuk bekerja.

Integrasi-Bas-Lembah-Klang-6.jpeg

Sumber: Astro Awani

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

Kes Warga Taiwan Jatuh Atas Landasan LRT, Polis Kini Berhubung Dengan Keluarga Mangsa

Polis menyiasat insiden seorang lelaki warga Taiwan maut selepas terjatuh di atas landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong, semalam.

04-06-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Rapid KL Sediakan Van Untuk Hantar Pelajar Terjejas Ke Sekolah

Beberapa van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas akibat insiden kebakaran itu.

08-04-2025
Berita Auto

300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari

Lebih 300 van baharu untuk perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) akan disediakan di sekitar stesen tren RapidKL.

20-01-2025
Berita Auto

Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.

11-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.