Subsidi Bersasar Bahan Api Mula Tahun 2024

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mengumumkan bahawa Program Subsidi Bersasar bahan api akan dapat dilaksanakan bermula tahun hadapan, 2024.
Menurut Bernama, Rafizi menjelaskan perkara ini semasa sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Rafizi memaklumkan bahawa program tersebut dapat dilaksanakan sebaik Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka akan melalui tempoh percubaan mulai November ini lengkap dengan maklumat lengkap sosioekonomi isi rumah di negara ini.

Sistem tersebut dibuka pada Januari tahun depan yang akan membolehkan orang ramai mengesahkan status sosioekonomi masing-masing.
Semasa menjelaskan kaedah pelaksanaannya, beliau menjelaskan ia akan dilaksanakan sama ada melalui pindahan tunai, pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak, akan diputuskan dari masa ke masa.
“Keutamaan kita sekarang maklumat sosioekonomi isi rumah kena lengkap dulu dalam PADU. Itu lebih penting berbanding kita mahu guna kad pengenalan ke, pindahan (kredit) terus ke akaun atau mahu pakai pam. Inilah fokus kita sekarang,” katanya.
Untuk maklumat pembaca, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dikatakan sedang mengadakan perbincangan mengenai penggunaan sistem pengenalan khas sebagai sebahagian daripada mekanisme subsidi diesel dan petrol RON95 supaya hanya disalurkan kepada golongan yang disasarkan.

Sistem PADU akan digunakan untuk memastikan status sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini
Seperti yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, pada bulan Mei tahun ini, PADU akan membantu kerajaan memastikan program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur dan mengelakkan mana-mana isi rumah yang layak daripada keciciran untuk menerima subsidi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BERITA BAIK UNTUK 18 JUTA PEMEGANG MYKAD: RON95 Akhirnya Turun Sehingga RM1.99 Seliter
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 semurah RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025.
23-07-2025
Rasionalisasi RON95: Tanggungjawab Bertambah, Pengusaha Stesen Minyak Mohon Upah
Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian insentif upah khas kepada pengusaha stesen minyak.
04-07-2025
Kenaikan Harga RON95 Tidak Menjejaskan Majoriti, Kata PMX
Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 kerana ia adalah langkah penting untuk kepentingan negara.
16-06-2025
Subsidi Bersasar RON95: Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95.
13-05-2025
Subsidi RON95: Tunjuk Mykad, Bukti Kita Rakyat Malaysia
Bagaimanapun, cadangan tunjuk MyKad masih dalam pertimbangan.
21-10-2024
KPDN Pertimbang Tambah Jenis Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti segalanya untuk penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
12-06-2024
RON95 Perlu Dinaikkan 32 Sen Mulai 1 Julai Untuk Capai Sasaran Penjimatan RM4.1 Bilion – Maybank IB
Petrol RON95 dinaikkan sebanyak 32 sen seliter atau 15.6% bermula 1 Julai 2024.
11-06-2024
Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM
Penyasaran subsidi diesel dilakukan demi menyelamatkan negara, dedah Perdana Menteri.
10-06-2024
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat