ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Ultra Mewah Pertama Toyota, Century, Didedahkan Di Jepun – PHEV V6, 406 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Century-SUV-59.jpg

SUV Toyota Century merupakan SUV ultra mewah pertama daripada Toyota


SUV ultra mewah pertama Toyota, Century serba baharu, akhirnya didedahkan setelah berdekad lamanya ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 1967 sebagai sebuah limosin. Walaupun tampil dalam bentuk badan berbeza, ia masih mengekalkan aura mewah yang sama. 


Toyota-Century-SUV-62.jpgToyota-Century-SUV-64.jpgToyota-Century-SUV-61.jpgToyota-Century-SUV-65.jpg


Dari segi visual dan reka bentuknya, SUV Century hadir dalam bentuk ‘kotak’ kebiasannya kita lihat daripada SIV, dengan beberapa elemen menyamai versi limosin, Toyota Century generasi G60. Bahagian yang dimaksudkan ialah penggunaan cat badan dua warna, lampu hadapan dan belakang yang terdiri daripada dua bar melintang, serta logo phoenix yang dihasilkan tangan dengan penuh kepakaran. 


Toyota-Century-SUV-2.jpgToyota-Century-SUV-46.jpg

Berdasarkan mitologi Sinosfera, simbol Phoenix yang juga dikenali sebagai Ho'o atau Fushicho, digunakan sebagai lambang Keluarga Diraja Jepun - menandakan kemuliaan Century


Toyota-Century-SUV-41.jpgToyota-Century-SUV-29.jpg

Empat tempat duduk disediakan dalam kabin yang mewah


Bergerak ke bahagian dalam, SUV Century dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan mewah dan teknologi canggih. Berbeza dengan Century terdahulu, SUV ini menawarkan empat tempat duduk, dengan ruang yang lebih luas, sekaligus menjanjikan keselesaan maksimum kepada para penumpang. 


Toyota-Century-SUV-71.jpgToyota-Century-SUV-35.jpg


Keluar dan masuk SUV ini juga mudah dengan bukaan pintu yang luas sehingga 75 darjah. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan sistem bukaan pintu automatik jenis gelangsar (sliding) seperti yang terdapat pada MPV mewah Lexus LM. 


Memasuki ruang kabin, penumpang akan disambut oleh ambang pintu dengan ukiran Century dengan pemijak kaki automatik. Tempat duduknya pula ditumbangkan sepenuhnya dengan sokongan kaki/peha. Tempat duduk SUV ini dibalut dengan kulit. 


Toyota-Century-SUV-34.jpgToyota-Century-SUV-51.jpgToyota-Century-SUV-17.jpgToyota-Century-SUV-28.jpg


Tempat duduk ini hadir dengan ciri mewah dan canggih seperti pengurutan, pengudaraan, speaker terbina dalam (built-in) yang berfungsi bersama dengan sistem audio kereta untuk memberikan kesan noise-cancelling. Kemudahan lain ialah paparan infotainmen berasingan yang boleh dikawal oleh setiap penumpang (belakang) melalui panel kawalan dalam bentuk tablet serta ruang simpanan minuman sejuk di belakang perehat lengan. 


Toyota-Century-SUV-14.jpg


Walaupun kereta ini direka berdasarkan konsep pemandu atau chauffer, jurutera Toyota tidak mengabaikan keselesaan di sudut ini. Di sini, ruang kokpit tampil moden dengan pelbagai fungsi boleh dikawal menggunakan butang yang diletakkan pada stereng dan konsol tengah – kesemuanya direka agar mudah dicapai tangan. Ruang ini turut dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih lain seperti sistem infotainmen, kluster instrumen digital, sistem pencahayaan ambien dan sebagainya. 


Toyota-Century-SUV-3.jpgToyota-Century-SUV-9.jpg

SUV Century menggunakan trenkuasa PHEV yang sama seperti yang terdapat pada PHEV Lexus TX


Berbeza dengan Century versi limosin yang menggunakan enjin V8, SUV ini dikuasakan oleh sistem hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin V6 aspirasi natural 3.5L – menjadikannya sebuah model separa elektrik. Sistem enjin yang digunakan diambil daripada Lexus TX 550h+ yang digabungkan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda (AWD) E-Four Toyota yang membolehkan ia mencapai output sistem sebanyak 406 hp. 


Seperti kebanyakan model PHEV dalam pasaran, SUV Century menawarkan mod pemanduan elektrik penuh yang dapat menjadikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk penumpang. Namun, kapasiti bateri dan jarak perjalanan EV model ini masih belum didedahkan. 


Toyota-Century-SUV-4.jpg


Selain itu, SUV ini dilengkapi dengan sistem 'Dynamic Rear Steering' baharu Toyota yang membuatkan pengendalian kenderaan pada kelajuan rendah, sederhana dan tinggi lebih mudah. Untuk keselesaan yang lebih baik, terdapat mod 'Rear Comfort' baharu yang akan mengawal sistem penyerap hentak dan dan brek SUV secara serentak bagi mengurangkan gegaran brek, demi keselesaan.


Toyota-Century-SUV-8.jpgToyota-Century-SUV-24.jpg


SUV Century juga dipasangkan dengan cermin kaca lut sinar berlamina yang memisahkan ruang kabin dan kargo bagi mengurangkan tahap kebisingan (NVH) kenderaan. Di samping itu, platfrom TNGA yang digunakan juga telah diberikan talaan khas untuk memberikan dinamik pemanduan yang lebih baik, serta meningkatkan keselesaan penumpang. 


Toyota-Century-SUV-45.jpg


Dibangunkan sebagai pesaing kepada model-model mewah lain seperti Rolls-Royce Cullinan, Bentley Bentayga dan Mercedes-Maybach GLS dalam segmen SUV ultra mewah, Toyota Century baharu kini boleh ditempah di pasaran Jepun. Bermula dari JPY 25 juta (~RM792,356) tidak termasuk pilihan tambahan, SUV ini dijual pada harga lebih tinggi berbanding model sedan, yang masih dijual dari  JPY 19 juta (~RM602,501).

Toyota-Century-SUV-60.jpg


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3487

SELANGOR

BSR6314

JOHOR

JA3691J

PULAU PINANG

PSD8245

PERAK

APJ8719

PAHANG

CFH1753

KEDAH

KGH1272

NEGERI SEMBILAN

NEK9364

KOTA KINABALU

SJT1157

KUCHING

QAB2084P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Century Ada Di Jepun, M'sia Tak Masuk

Century Ada Di Jepun, M'sia Tak Masuk

Mewah betul Toyota Century.

11-10-2023

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.