Tesla Model 3 Facelift Sudah Boleh Ditempah – 2 Varian, Dari RM189K

Jenama EV terkenal, Tesla, telah menyegarkan rangkaian produknya hari ini dengan pelancaran Tesla Model 3 versi facelift. Hanya beberapa jam selepas acara pelancaran global, Tesla Motors Malaysia telah mengemaskini laman web dengan laman konfigurasi rasmi bagi Model 3 baharu. Untuk pasaran Malaysia, Model 3 baru ini hanya akan ditawarkan dalam dua varian, iaitu varian Standard dan varian Long Range.
CIRI MEKANIKAL TESLA MODEL 3 FACELIFT

Tesla Model 3 Standard kini boleh ditempah di Malaysia!
Bagi varian Standard, dikuasakan oleh motor elektrik tunggal di belakang (RWD) yang memacu kenderaan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.1 saat. Jarak perjalanan EV yang dinyatakan di atas kertas pula adalah 513 km (WLTP) - 18 km lebih tinggi daripada angka WLTP yang versi sebelum ini, 495 km.

Tesla Model 3 Long Range AWD kini boleh ditempah di Malaysia!
Bagi varian Long Range, ia menggunakan dua motor pacuan semuda roda (AWD), sistem ini membolehkannya mencapai masa pecutan lebih pantas iaitu 4.4 saat. Sama seperti model Standard, Model 3 LR baru juga mendapat peningkatan julat EV, yang menurut Tesla kini mampu mencapai jarak maksimum sebanyak 629 km (WLTP). Sebagai perbandingan, Model 3 LR pra-facelift hanya boleh pergi sejauh 614 km dengan satu cas penuh.


Sama seperti Model Y untuk pasaran Malaysia, Model 3 juga ditawarkan dengan pakej Enhanced Autopilot dan Full Self-Driving Capability (FSDC). Dijual pada harga RM16,000, pakej pertama menambah fungsi seperti pertukaran lorong automatik, autopark dan lain-lain. Sementara itu, FSDC yang bernilai RM32,000 melengkapkan Model 3 dengan semua fungsi Enhanced Autopilot asas, ditambah dengan dua ciri yang akan ditawarkan pada masa akan datang - Traffic Light & Stop Sign Control dan autosteer di jalan bandar.
REKAAN TESLA MODEL 3 FACELIFT


Dari segi rekaan, Model 3 facelift atau juga dikenali sebagai Project Highland ini tampil lebih elegan berbanding keluaran terdahulu. Dari sudut hadapan, model ini menggunakan lampu depan jenis LED yang diberikan rekaan semula serta lampu DRL baharu, yang kelihatan lebih halus berbanding dahulu. Sementara itu, bampar hadapan kini lebih ‘tajam’ kerana dipanjangkan hingga ke fender sisi, membuatkannya tidak ubah seperti Roadster baharu.




Dari sudut tepi, Model 3 facelift ini tidak jauh berbeza dengan yang sebelumnya, namun kali ini, ia lebih panjang sebanyak 26 mm, dan ketinggiannya pula dikurangkan sebanyak 2 mm kerana jarak kelegaan tanah yang lebih rendah. EV sedan terbaru ini ditawarkan dengan dua pilihan rim – Photon atau Nova – kedua-duanya dalam saiz 18 inci.




Di bahagian belakang, logo ‘T’ kini digantikan dengan tulisan Tesla dan dikelilingi oleh lampu belakang LED berbentuk C terkini. Selain itu, Tesla juga memberikan model asas yang telah diubahsuai dengan dua pilihan warna baru - Ultra Red dan Stealth Gray.
KABIN TESLA MODEL 3 FACELIFT
Bergerak ke bahagian dalam, Model 3 facelift lebih selesa dengan penggunaan gabungan kemasan fabrik dan aluminium. Selain itu, model ini turut menggunakan sistem pencahayaan ambien baharu, skrin infotainmen 15.4 inci dengan bezel tepi yang lebih halus, stereng yang telah diperbaik.


Pengalaman hiburan dengan Model 3 facelift juga lebih ‘gempak’ dengan sistem audio 17 speaker dan dua subwoofer yang baharu untuk Long Range, manakala varian Standard pula dengan sembilan speaker dan satu subwoofer.
Menurut Tesla, tahap NVH kenderaan juga telah dipertingkat, dibantu oleh penggunaan kaca akustik dan bahan insulasi yang lebih baik. Di bahagian lain, penumpang belakang kini mempunyai panel paparan sendiri, dengan fungsi bersepadu untuk sistem pendingin hawa dan infotainmen.
HARGA TESLA MODEL 3 FACELIFT
Berkenaan harganya, Tesla Model 3 dijual pada harga dari RM189,000 untuk varian Standard, sementara varian Long Range ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM218,000. Penghantaran kumpulan pertama dijangka akan dimulakan pada akhir tahun 2023.

Tesla Model 3 boleh ditempah dengan bayaran RM1,000
Kedua-dua varian Model 3 terbaru ini kini boleh ditempah dengan bayaran sebanyak RM1,000 (tidak dikembalikan) melalui laman web rasmi Tesla Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.
23-01-2026
Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000
Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.
03-10-2025
Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa
Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.
13-08-2025
Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang
Keluaran yang terkini bagi Tesla Model 3 dan MGS5 EV telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang dalam Euro NCAP.
22-05-2025
Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini
Hanya dua tahun selepas Tesla memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, negara ini kini diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung Tesla Takeover Asia 2025.
03-02-2025
Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan
Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.
24-12-2024
Avatr 06 Didedahkan Di China – Kolaborasi Changan, CATL & Huawei
Syarikat automotif dari negara China, Changan Automobile, telah melahirkan sebuah model elektrik baharu, Avatr 06.
13-12-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
