Tesla Supercharger Sah Dibuka Di 14 Lokasi Ini!
-full.jpg)
Walaupun baru memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada 20 Julai lalu, Tesla Malaysia (TM) rupanya telah bergerak aktif untuk menyediakan stesen pengesan Supercharger di pelbagai lokasi.
-full.jpg)
Rancangan pembinaan pengecas EV Tesla ini sebenarnya telah bermula sebelum Model Y diperkenalkan lagi, yang mana 10 lokasi umum pemasangannya di seluruh negara didedahkan dan salah satu lokasi, Pavilion Mall, Bukit Bintang sudah sedia untuk digunakan.
Berikut adalah 10 lokasi umum Tesla Supercharger:
1. Iskandar Puteri, Johor
2. Negeri Sembilan
3. Dengkil, Selangor
4. Bukit Jalil, KL
5. Sunway, Petaling Jaya
6. Jalan Raja Chulan, KL
7. Jalan Kuching, KL
8. Pavillion Mall, Bukit Bintang, KL
9. Ipoh, Perak
10. Perai, Pulau Pinang
Supercharger terawal Tesla, Pavilion Mall, dibuka untuk kegunaan awam pada 22 Ogos lalu walaupun sebenarnya telah disiapkan lebih awal ekoran kelewatan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan memandangkan garis panduan untuk membina stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) kebangsaan masih sedang diperhalus.
Untuk Supercharger yang telah diaktifkan, caj yang dikenakan ialah RM1.25/kWh, dengan bayaran melebihi masa sebanyak RM4/minit.
-full.jpg)
Selain 10 lokasi awal ini, Tesla Malaysia kini telah menambah empat lagi lokasi baharu iaitu:
1. Jalan Utara, Petaling Jaya Selangor
2. Cheras, Kuala Lumpur
3. Brickfields, Kuala Lumpur
4. Alor Gajah, Melaka
Berbeza dengan pengendali titik pengecasn (CPO) lain, Tesla Malaysia berjaya mendapatkan lokasi pemasangan dan menyiapkan rangkaian Supercharger eksklusifnya dengan pantas kerana sokongan daripada kerajaan di bawah inisiatif Peneraju Global BEV oleh MITI yang bertujuan untuk memperkukuh industri BEV tempatan.
-full_normal.jpg)
Namun, sehingga kini Tesla masih belum mengumumkan di manakah 15 stesen atau 30% daripada 50 stesen Supercharger yang akan dibuka kepada jenama bukan Tesla seperti yang digariskan dalam inisiatif BEV tersebut.
Diharapkan Tesla turut akan mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan CPO lain untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan rangkaian pengecasan di seluruh negara dan menjadikannya terbuka untuk kegunaan semua jenama EV.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



