Akses Pengecasan EV Lebih Luas
![[IMAGE]-Leader-Energy-Signs-MOU-with-BMW-Group-Malaysia.JPG](https://static-content-live.caricarz.com/media_library/post/9287/9386133/%5BIMAGE%5D-Leader-Energy-Signs-MOU-with-BMW-Group-Malaysia-full.jpg)
Leader Energy Holding Berhad (“Leader Energy”), melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader EV Solutions Sdn Bhd (“Leader EV”), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Malaysia Sdn Bhd (BMW), baru-baru ini.
MoU itu bertujuan untuk menjadikan jenama BMW secara rasmi dalam semua rangkaian Galaxy Charge milik Leader EV di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Malaysia, serta menjalankan pelbagai kempen untuk mempromosikan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) bagi jenama-jenama yang diwakili oleh BMW dalam rangkaian Galaxy Charge.
Di bawah MoU tersebut, Leader EV mempunyai tanggungjawab atas pembangunan, pemasangan, operasi, dan penyelenggaraan rangkaian Galaxy Charge.
Malah, Leader EV akan turut memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai teknologi pengecasan kenderaan elektrik sementara BMW membekalkan akses kepada solusi-solusi pengecasan awam melalui program langganan atau keahlian menerusi rangkaian Galaxy Charge milik Leader EV.
Naib Pengerusi Eksekutif Leader Energy, Dato’ Sean H’ng berkata, pihakynya teruja untuk bekerjasama dengan BMW Group Malaysia kerana dapat mengembangkan lagi penggunaan dan pengecasan EV menerusi rangkaian Galaxy Charge.
"Kami percaya bahawa kerjasama ini dapat meluaskan lagi pegangan pasaran menerusi infrastruktur pengecasan EV kami. Projek-projek fasiliti pengecasan kami di Lebuhraya Utara-Selatan menjadi usaha untuk memperkembangkan lagi rangkaian kami ke seluruh Malaysia.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat dan kelestarian di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, sebagai pengeluar kenderaan elektrik bertaraf premium di Malaysia, pihaknya giat menyusun usaha sama strategik bagi memacu pembangunan ekosistem EV.
"Inisiatif terbaharu kami dengan Leader Energy membuktikan komitmen yang dikongsi bersama bagi meluaskan akses orang ramai ke atas infrastruktur pengecasan di seluruh negara, justeru pengguna juga dapat berlapang dada dengan adanya lebih banyak kemudahan pengecasan untuk keperluan perjalanan jauh mereka.
"'Menerusi MOU ini, kami berhasrat untuk mengembangkan lagi rangkaian pengecasan kami yang kini terdiri daripada 1,000 buah fasiliti serta terus membekali para pelanggan kami dengan pengalaman pemilikan EV premium yang lengkap," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge