BMW X1 sDrive20i xLine 2023 Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM259,800

BMW Group Malaysia telah mengemaskini rangkaian produknya dengan pengumuman BMW X1 generasi ketiga (U11) baharu, hari ini
BMW Group Malaysia telah mengemaskini rangkaian produknya dengan pengumuman ketersediaan model SUV kompak BMW X1 generasi ketiga (U11) hari ini. SUV ini adalah sebuah model yang dikuasakan oleh enjin pembakaran, berbeza dengan iX1 yang diperkenalkan pada Mei tahun ini semasa Malaysia Autoshow 2023.
Di Malaysia, BMW X1 generasi ketiga tiba sebagai model yang dipasang secara tempatan (CKD), dikeluarkan di kilang Inokom di Kulim, Kedah, seperti model sebelum ini. Buat masa ini, model ini kini ditawarkan dalam satu varian iaitu sDrive20i xLine.





BMW X1 sDrive20i xLine yang dipasang secara CKD diberikan sentuhan rekaan yang unik
Diperkenalkan buat pertama kalinya di peringkat global pada Jun tahun lalu, BMW X1 generasi U11 ini lebih besar berbanding model yang digantikannya, selain turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi baharu. Antara yang terkini pada model baharu adalah termasuk skrin melengkung BMW dan BMW Live Cockpit Plus yang menggunakan sistem operasi BMW Operating System 8 terkini.
Ciri menarik lain yang ditawarkan adalah termasuk sistem pendingin hawa automatik dwizon, tempat duduk hadapan jenis Sport dalam balutan kulit sintetik SensaTec, stereng M baharu dengan pedal penukar gear, pad pengecas tanpa wayar, BMW ID, enam pilihan My Modes, serta Comfort Access dan BMW Digital Key Plus.

BMW X1 kini bersaiz lebih besar. Dari segi teknologi dan kelengkapan lain, hampir sama dengan kembar elektriknya, iX1
Untuk enjin, varian sDrive20i ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder Twin Power 2.0 liter yang menghasilkan 204 HP dan 300 NM tork. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan.
Model ini mampu melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam 7.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 236 KM/J. BMW juga mengatakan bahawa purata penggunaan bahan api boleh direndahkan sehingga 7.2 liter/100 KM. Selain itu, model ini turut mencatatkan purata pelepasan karbon yang rendah, iaitu 158 g/KM.

Bertenaga, X1 sDrive20i xLine mencapai output 204 HP dan 300 NM
BMW X1 sDrive20i xLine hadir dengan pelbagai ciri keselamatan pemandu aktif yang standard. Ini termasuk Bantuan Mula Daki, Pengehad Kelajuan, Pembantu Kepekaan, Amaran Keluar Lorong dengan intervensi pengendalian aktif, Amaran Pelanggaran Hadapan dan Pusingan Kiri - kedua-duanya dengan fungsi brek, serta bantuan evasif.
Dari segi reka bentuk, model xLine mempunyai gril kidney dengan bingkai Pearl Chrome, komponen ambilan udara krom pada bumper hadapan, aksen kelabu gelap, rim jejari V 867 dua warna bersaiz 19 inci, panel perlindungan bawah Aluminium Matte dan perumah cermin sisi yang berwarna perak.





Lima pilihan warna badan ditawarkan yang disesuaikan dengan kabin yang diberikan kemasan kulit perforated SensaTec berwarna hitam dengan headliner M berwarna hitam gelap Anthracite.
BMW X1 sDrive20i xLine yang baharu boleh ditempah melalui mana-mana pengedar sah BMW pada harga RM259,800. Harga tersebut termasuk jaminan perlindungan selama 5 tahun tanpa had jarak perjalanan dengan sevis berjadual percuma, Bantuan Tepi Jalan BMW dan Hotline Kemalangan, serta akses BMW Service Online.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

